1. Anda perlu mendapatkan Salinan Geran Rumah ataupun Perjanjian Jual Beli ( SNP/SPA) Penjual.

2. Dengan mempunyai dokumen tersebut, anda akan mengetahui siapakah pemilik berdaftar rumah tersebut.

3. Pastikan anda hanya berurusan dengan pemilik rumah atau agen rumah yang berdaftar.

Tip : Orang yang menjual tidak semestinya pemilik rumah.

4. Selalunya melalui agen rumah, anda dikehendaki memberi wang deposit rumah dahulu sebelum geran rumah ataupun SPA diberikan. Oleh itu, pembeli seharusnya mengeluarkan cek dibawah nama Real Estate Company dan bukan nama penjual.

5. Sebelum membayar deposit rumah, pastikan syarat-syarat awal telah dibincang terlebih dahulu. Seperti…

a. Jika anda membayar balance 10% mengunakan KWSP, pastikan Penjual telah menyetujui.

b. Jika rumah tersebut dijual bersama perabot, perlu mendapatkan Inventory list. Inventory list ialah senarai barang-barang yang dijual bersama rumah tersebut.

c. Jika Loan rumah tak diluluskan, bagaimana deposit anda akan dikembalikan?

Tip:

Pastikan anda mempunyai hak untuk memilih bankers dan peguam sendiri. Anda tidak semestinya perlu memberi dokumen atau mengikut penguam yang direkomenkan agen rumah.

Semua persetujuan harus ditulis di “Offer To Purchase” dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

5. Sejurus membuat deposit rumah, anda seharusnya mencari peguam untuk membuat land search.

Dengan membuat land search, anda akan mendapat tahu beberapa perkara.

a. Sekatan yang terdapat dirumah tersebut. Selalunya rumah leasehold akan mempunyai sekatan, tetapi kadang-kadang rumah Freehold pun mempunyai sekatan juga.

b. Samaada rumah tersebut termasuk dalam kategori Rezab Melayu atau bukan. Rumah rezab melayu hanya orang Melayu sahaja yang boleh beli.

c. Anda kena tahu sama ada rumah tersebut terdapat Kaveat di atas hakmiliknya atau tidak.

Kaveat adalah sejenis sekatan yang menghalang sesuatu urusniaga dilakukan terhadap pemilik rumah tersebut. Jika terdapat Kaveat dia atas hakmillik rumah tersebut, maka proses pindahmilik rumah kepada pembeli tidak akan dapat dibuat melainkan kaveat tersebut ditarik balik oleh orang yang memasukkan kaveat atau dibatalkan oleh pejabat tanah.

Sekian, Terima Kasih.

#Malaysiahousingloan

Request A Free Quotation From Us Today

Guaranteed Reply!!! – within 1 working days

Quotation For

  • SALE AND PURCHASE AGREEMENT MALAYSIA

  • LOAN AGREEMENT MALAYSIA

  • TRANSFER OF PROPERTY MALAYSIA

  • TRANSFER OF PROPERTY BY LOVE AND AFFECTION MALAYSIA

  • AUCTION PROPERTY MALAYSIA

  • SELLER QUOTATION FOR SUB SALE PROPERTY MALAYSIA

Don’t worry, we will definitely get back to you!

FILL UP THE FORM TODAY

Contact Us
To:
Quotation Will Send By Whatsapp.
Start Over

***( For This Moment, The Quotation Services Only Available For Property in Kuala Lumpur , Putrajaya , Cyberjaya , Selangor , Johor , Penang, Kedah , Melaka , Negeri Sembilan , Pahang & Perak )