Dalam keadaan krisis sekarang mesti ramai yang terfikir untuk refinance rumah.
Kalau yang masih tidak tahu apakah itu Refinance Rumah, mungkin kita boleh ulangkaji disini.
Refinance Rumah adalah memindahkan hutang pinjaman perumahan anda ke bank yang lain. Ataupun membuat pinjaman rumah yang baru untuk rumah yang dah habis bayar.
Pernah tak anda terfikir kenapa orang nak Refinance Rumah ataupun memindah hutang pinjaman perumahan mereka ke bank lain?
Nak tahu? Jom tengok.
Sebab 1 : Untuk mendapat Modal Tunai
Memang betul, kita boleh mendapat Modal Tunai atau cash out dengan Refinance Rumah.
Bila harga rumah kita lebih tinggi dari harga beli dulu, maka kita boleh membuat pinjaman refinance dan mendapat modal tunai atau omputeh cakap cash-out.
Contohnya,
Tahun 2010 – Harga Rumah Masa Beli, RM200,000
Tahun 2020 – Harga Pasaran Rumah, RM400,000
Kenaikan sebanyak RM200,000.
Jika begini boleh buat Refinance Rumah. Sebabnya, anda mempunyai kenaikan harga pasaran yang tinggi.
Contohnya,
Jumlah Pinjaman Refinance Rumah yang anda boleh buat : RM400,000 x 85% = RM340,000
Dari RM340,000, akan ditolak dengan baki hutang pinjaman perumahan anda. Katakan, baki ialah RM150,000. Oleh itu, jumlah wang tunai yang anda akan dapat ialah RM340,000 – RM150,000 = RM190,000.
Jumlah pinjaman : RM340,000
Baki pinjaman perumahan : RM150,000
Jumlah Modal tunai : RM190,000
Anda akan mendapat Modal tunai RM190,000.
Tetapi, Apa orang buat dengan Modal Tunai tersebut?
1. Beli Rumah Baru
Ramai yang suka mengambil Modal tunai ini untuk membeli rumah baru untuk membuat pelaburan. Orang kata, seperti guna duit buat duit.
2. Beli Stok
Sejak pasaran Bursa Saham merundum, ramai investor menunggu masa yang sesuai untuk membeli stok yang murah. Ini adalah salah satu pelaburan yang dijangka akan membuahkan hasil pada masa akan datang.
3. Ubah Suai Rumah
Ramai yang juga gemar untuk mencantikkan atau membuat pengubahsuaian rumah. Kadang-kadang bukan apa, rumah yang dah lama atau yang uzur akan bertambah selesa untuk tinggal jika kita renovate sikit.
4. Simpanan Kecemasan
Dengan keadaan krisis ekonomi yang tidak menentu ini, ramai telah kehilangan pekerjaan dan ramai yang sebelum ini sekadar cukup-cukup makan, mungkin akan menghadapi masalah. Wang kecemasan adalah sangat penting untuk disimpan. Jika anda tidak mempunyai simpanan kecemasan, modal tunai boleh dijadikan sebagai simpanan kecemasan.
Sebab 2 : Bayar Hutang Lain Atau Satukan Hutang Lama
Sebenarnya, ramai yang menggunakan duit refinance untuk membayar dan menutup akaun hutang lain yang mempunyai kadar faedah tinggi.
Jika dibandingkan dengan pinjaman lain, kadar faedah pinjaman perumahan adalah sangat rendah, terutamanya sekarang bila OPR dah jatuh lagi.
Selalunya Akaun-akaun lain seperti kad kredit, dan personal loan mempunyai kadar interest yang tinggi dan membebankan.
Contohnya,
Hutang kad kredit: 18%,
Personal loan (Pembiayaan peribadi): 13%,
Loan kereta: 5%,
Loan rumah: 3.8%.
Bila mereka menggunakan cash out untuk menutup hutang-piutang tersebut maka cash flow akan menjadi positif dan mempunyai lebihan tunai. Maka, gaji bulanan tidak hanya habis membayar hutang-hutang ini.
Sebab 3 : Tambah Atau Keluarkan Nama Pasangan
Masa beli rumah dahulu, mungkin gaji tidak mencukupi. Maka pasangan bergabung gaji untuk membeli rumah dan membuat pinjaman perumahan.
Tetapi, disebabkan sekarang sudah stabil. Maka, suami atau isteri ingin mengeluarkan nama mereka dari pinjaman perumahan.
Pasti anda hairan, Kenapa mereka nak buat demikian?
“Selalunya, mereka berbuat demikian ada berkaitan dengan syarat Bank Negara yang menetapkan pinjaman perumahan ketiga hanya boleh mendapat 70% margin dari harga rumah.”
Maka, mereka terpaksa mengeluarkan salah satu nama dari pinjaman perumahan.
Contohnya,
Sepasang suami isteri membeli 2 rumah dan membuat pinjaman bersama untuk kedua-dua rumah.
Suami mempunyai 2 pinjaman perumahan.
Isteri juga mempunyai 2 pinjaman perumahan.
Sekiranya, sekarang mereka ingin membeli rumah baru. Pinjaman Perumahan nyang dibenarkan hanyalah 70% dari harga rumah.
Oleh itu, mereka ingin mencari jalan penyelesaian untuk mendapat 90% bila membeli rumah baru.
Caranya, mereka memilih salah satu dari 2 pinjaman perumahan tersebut, dan membuat refinance ke bank lain dengan menggunakan satu nama sahaja.
Katakan, Suami membuat refinance ke bank lain. Maka, suami masih mempunyai 2 pinjaman perumahan dan isteri mempunyai 1 pinjaman perumahan sahaja.
Dengan demikian, isteri boleh membeli rumah baru dan mendapat 90% margin.
Sebab 4 : Tukar Jenis Pinjaman
Ramai yang masa beli rumah dahulu tidak pasti produk pinjaman yang sesuai. Sekarang bila telah berilmu sikit dah tahu produk pinjaman yang lebih sesuai.
Ada yang dahulu menggunakan pinjaman konvensional dan sekarang nak tukar ke pinjaman islamik. Dan ada juga yang sebaliknya.
Ada yang dulu menggunakan semi-flexi dan sekarang nak full flexi.
Dan ada juga yang Nampak kadar faedah pinjaman perumahan yang sangat rendah dan sangat berbaloi, maka mereka nak refinance rumah.
Ini antara 4 sebab orang selalu buat refinance rumah, tetapi sebenarnya banyaklah sebab orang refinance rumah. Cuba anda komen di bawah apa lagi sebab-sebab orang refinance rumah?
Dan jika anda berminat untuk refinance rumah, boleh cuba menghubungi kami di talian 012-6946746.
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Melissa nak ajak korang join Facebook Page Malaysia Housing Loan. Klik Disini.
Berminat untuk membaca artikel lain? 5 Cara Bijak Untuk Refinance Rumah 2020
Leave A Comment