1. Adakah terdapat amaun minimun yang terhutang oleh seseorang individu untuk menjadikannya bankrap?

Ya, pihak pemiutang boleh memfailkan tindakan kebanarapn terhadap anda sekiranya keberhutangan lebih daripada RM30,000.00

2. Apakah kelayakan yang hilang bagi seorang bankrap?

Apabila pengadilan/penghakiman dijatuhkan, bankrap adalah hilang kelayakan daripada:
(a) Memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen;
(b) Memegang jawatan sebagai penjawat awam (tertakluk kepada tindakan tatatertib Jabatan/KPI);
(c) Memegang sebarang jawatan dalam mana-mana badan berkanun, koperasi berdaftar atau organisasi;
(d) Mengamalkan profesion tertentu;
(e) Menjalankan perniagaan secara persendirian atau perkongisan atau menubuhkan syarikat;
(f) Bekerja dalam perniagaan saudara;
(g) Mengekalkan apa-apa tindakan tanpa sanksi KPI selain daripada tindakan untuk ganti rugi dalam kecederaan kepada orang lain;
(h) Meninggalkan Malaysia sebelum/tanpa kebenaran KPI atau Mahkamah;
(i)Pencen dan ganjaran lain yang diterima oleh bankrap hendaklah terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk dibahagikan kepada pemiutang. Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Insolvensi mempunyai budi bicara untuk menentukan berapa jumlah pencen dan ganjaran yang boleh diberikan kepada bankrap.
(j) Menguatkuasakan haknya di bawah undang-undang tertentu

3.Bolehkah seorang bankrap meneruskan penggunaan kad kreditnya?

Seorang bankrap hanya boleh menggunakan kad kreditnya dengan amaun tidak melebihi RM1,000.00. Sekiranya bankrap berniat untuk menggunakan kad kredit melebihi RM1,000.00, beliau hendaklah memaklumkan kepada pihak yang memberikan kemudahan kad kredit tersebut atas status kebankrapannya bagi membolehkan pihak yang berkenaan membuat keputusan sama ada untuk meneruskan pemberian kemudahan kad kredit tersebut. Sekiranya gagal, bankrap dianggap melakukan kesalahan di bawah Akta Kebankrapan 1967.
4. Bolehkah seorang bankrap membuka akaun simpanan atau meneruskan penggunaan akaun sedia ada?

Setelah diisytiharkan bankrap, semua akaun simpanan akan ditutup segala transaksi akan disekat. Bankrap bagaimanapun boleh membuka akaun yang baru atau mengaktifkan akaun sedia ada bagi tujuan seperti kemasukan wang gaji dengan syarat mendapat kebenaran daripada KPI.
Permohonan tersebut hendaklah dibuat di cawangan Insolvensi yang mentadbir kes kebankrapannya.

5.Adakah pemiutang saya mempunyai hak untuk membekukan aset saya setelah saya diisytiharkan bankrap?

Sebagai seorang bankrap, segala harta adalah terletak hak kepada KPI. Pemiutang tidak boleh mengambil tindakan selanjutnya untuk mendapatkan hutang yang ditanggung. Walau bagaimanapun, pemiutang yang bercagar boleh menyita dan menghasilkan harta anda. Hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membayar hutang yang lain sekiranya hasil jualan tersebut mempunyai lebihan.

6. Bolehkah bankrap memindahkan hartanya?

Seorang bankrap tidak dibenarkan untuk memindahmilik hartanya kepada pihak ketiga selepas Perintah Kebankrapan dibuat terhadapnya.
Setelah diisytiharkan bankrap, segala harta dan aset secara automatik terletak hak kepada KPI

7. Adakah pemiutang saya mempunyai hak untuk membekukan aset saya setelah saya diisytiharkan bankrap?

Sebagai seorang bankrap, segala harta adalah terletak hak kepada KPI. Pemiutang tidak boleh mengambil tindakan selanjutnya untuk mendapatkan hutang yang ditanggung. Walau bagaimanapun, pemiutang yang bercagar boleh menyita dan menghasilkan harta anda. Hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membayar hutang yang lain sekiranya hasil jualan tersebut mempunyai lebihan.

8. Bolehkah bankrap keluar negara?

Seorang bankrap sama sekali tidak dibenarkan meninggalkan negara kecuali beliau mendapat kebenaran bertulis daripada KPI ataupun Mahkamah yang membenarkannya.
Permohonan hendaklah dibuat di cawangan yang mentadbir kes kebankrapan dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan. Borang permohonan boleh dimuat turun di dalam portal ini.
9. Bolehkah saya mengekalkan jawatan sebagai pengarah syarikat jika saya diisytiharkan bankrap?

Seorang bankrap yang belum dilepaskan hilng kelayakan untuk menjalankan tugas sebagai pengarah syarikat berdasarkan Akta Syarikat. Sekiranya bankrap ingin mengekalkan jawatan tersebut, permohonan hendaklah dibuat kepada KPI atau mahkamah. Perlu juga diingatkan bahawa tanpa kebenaran KPI dan mahkamah, bankrap turut dilarang daripada perkara berikut:
(a) Bekerja di syarikat milik pasangan, anak atau saudara-mara;
(b) Menjalankan perniagaan pemilikan tunggal.
10. Apakah kelayakan yang hilang bagi seorang bankrap?
Apabila pengadilan/penghakiman dijatuhkan, bankrap adalah hilang kelayakan daripada:
(a) Memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen;
(b) Memegang jawatan sebagai penjawat awam (tertakluk kepada tindakan tatatertib Jabatan/KPI);
(c) Memegang sebarang jawatan dalam mana-mana badan berkanun, koperasi berdaftar atau organisasi;
(d) Mengamalkan profesion tertentu;
(e) Menjalankan perniagaan secara persendirian atau perkongisan atau menubuhkan syarikat;
(f) Bekerja dalam perniagaan saudara;
(g) Mengekalkan apa-apa tindakan tanpa sanksi KPI selain daripada tindakan untuk ganti rugi dalam kecederaan kepada orang lain;
(h) Meninggalkan Malaysia sebelum/tanpa kebenaran KPI atau Mahkamah;
(i)Pencen dan ganjaran lain yang diterima oleh bankrap hendaklah terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk dibahagikan kepada pemiutang. Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Insolvensi mempunyai budi bicara untuk menentukan berapa jumlah pencen dan ganjaran yang boleh diberikan kepada bankrap.
(j) Menguatkuasakan haknya di bawah undang-undang tertentu

Source: http://www.insolvensi.gov.my/ms/faqs/bankruptcy

# Sila LIKE, SHARE dan TAG kenalan anda.

For more Home Loan information and enquiry,
please call/ Whatsapp us at +6012-6946746
or visit our website www.malaysiahousingloan.net

#malaysiahousingloan #housingloan #MalaysiaHomeLoan #homeloaninmalaysia #homeloan #housingloaninmalaysia

Untitled-1