This is the latest Real Property Gain Tax (RPGT) table for the Year 2019.

LAYANAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT) BAGI
PELUPUSAN HARTANAH DALAM TAHUN KE-6 DAN SETERUSNYA,
DAN LAYANAN CUKAI PERKHIDMATAN UNTUK
PERKHIDMATAN PROFESIONAL DALAM NEGERI DAN DIIMPORT
BERMULA 1 JANUARI 2019

Dalam Belanjawan 2019, Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah dan saham dalam syarikat hartanah yang dibuat dalam tahun ke-6 dan tahun seterusnya mulai 1 Januari 2019 seperti berikut:

TEMPOH PEGANGAN INDIVIDU WARGANEGARA MALAYSIA DAN PEMASTAUTIN TETAP INDIVIDU BUKAN WARGANEGARA DAN BUKAN PEMASTAUTIN TETAP SYARIKAT
Dalam Tempoh 3 tahun selepas tarikh pemerolehan 30% 30% 30%
Dalam tahun ke-4 selepas tarikh pemerolehan 20% 30% 20%
Dalam tahun ke-5 selepas tarikh pemerolehan 15% 30% 15%
Dalam tahun ke-6 selepas tarikh
pemerolehan dan seterusnya
5% 10% 10%

Walau bagaimanapun, Kerajaan amat prihatin dengan kebajikan rakyat dan hendak memastikan rakyat tidak terbeban dengan CKHT yang dikenakan. Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju memberikan layanan CKHT seperti berikut:

a) Pengecualian CKHT diberikan bagi individu warganegara Malaysia yang melupuskan hartanah termasuk rumah kediaman kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah mampu milik pada harga balasan RM200,000 dan ke bawah dalam tahun ke-6 dan seterusnya. Pengecualian ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019.

b) Bagi perolehan aset sebelum tahun 2000, harga pasaran pada 1 Januari 2000 akan digunakan sebagai harga perolehan bagi pelupusan harta tanah oleh warganegara Malaysia dan pemastautin tetap. Layanan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019.

c) Dalam keadaan kontrak bersyarat seperti perenggan 16 Jadual 2 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, pengecualian CKHT diberikan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah yang dibuat dalam tahun ke-6 dan seterusnya oleh warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di mana Perjanjian Jual Beli telah ditandatangani sebelum 1 Januari 2019 dan kelulusan daripada Kerajaan atau Kerajaan Negeri akan diperolehi pada tahun 2019 dan seterusnya.

Pengecualian perkhidmatan cukai untuk perkhidmatan profesional.

Kerajaan juga akan mengecualikan pengenaan cukai perkhidmatan untuk orang berdaftar Cukai Perkhidmatan dalam Kumpulan G (Kumpulan Profesional) yang memberikan perkhidmatan yang sama kepada orang berdaftar bermula 1 Januari 2019. Pengecualian yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2019 bertujuan mengelak peningkatan kos akibat percukaian berganda dan mengekalkan daya saing industri perkhidmatan tempatan.

Contoh situasi yang menerima pengecualian cukai perkhidmatan seperti berikut: seorang peguam bela dan peguam cara memberikan perkhidmatan perundangan kepada peguam bela dan peguam cara yang lain akan dikecualikan daripada cukai perkhidmatan.

Kerajaan juga memberi layanan yang sama kepada perkhidmatan bercukai dalam negeri dan yang diimport. Sehubungan dengan itu, pengecualian ini juga dipanjangkan kepada perkhidmatan bercukai yang diimport oleh mana-mana syarikat di Malaysia daripada syarikat luar negara yang merupakan syarikat dalam kumpulan yang sama tetapi terhad kepada perkhidmatan tertentu dalam Kumpulan G. Pengecualian ini akan diberi melalui kuasa Menteri Kewangan.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
30 Disember 2018

Download the official media release.

Request A Free Quotation From Us Today

Guaranteed Reply!!! – within 1 working days

Quotation For

  • SALE AND PURCHASE AGREEMENT MALAYSIA

  • LOAN AGREEMENT MALAYSIA

  • TRANSFER OF PROPERTY MALAYSIA

  • TRANSFER OF PROPERTY BY LOVE AND AFFECTION MALAYSIA

  • AUCTION PROPERTY MALAYSIA

  • SELLER QUOTATION FOR SUB SALE PROPERTY MALAYSIA

Don’t worry, we will definitely get back to you!

FILL UP THE FORM TODAY

Contact Us
To:
Quotation Will Send By Whatsapp.
Start Over

***( For This Moment, The Quotation Services Only Available For Property in Kuala Lumpur , Putrajaya , Cyberjaya , Selangor , Johor , Penang, Kedah , Melaka , Negeri Sembilan , Pahang & Perak )