Ahli KWSP kini boleh mencetak penyata dan mendaftar i-Akaun di cawangan HSBC Bank terpilih melalui Kios KWSP. Maklumat waktu operasi Kios tersebut adalah seperti berikut:
HSBC Bank Kuala Lumpur Main
Alamat : Bangunan HSBC, No 2, Leboh Ampang, 50100 Kuala Lumpur.
Hari / Waktu Operasi Kios: Isnin – Jumaat / 9.30 pg – 4.00 ptg
Tutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.
HSBC Bank Bukit Bintang
Alamat : Menara Genesis, 33, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Hari / Waktu Operasi Kios: Isnin – Jumaat / 9.30 pg – 4.00 ptg
Tutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.
HSBC Bank Petaling Jaya
Alamat : 17 – 23, Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Hari / Waktu Operasi Kios: Isnin – Jumaat / 9.30 pg – 4.00 ptg
Tutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.
HSBC Bank Penang
Alamat : No. 1, Downing Street, 10300 Pulau Pinang.
Hari / Waktu Operasi Kios: Isnin – Jumaat / 9.30 pg – 4.00 ptg
Tutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.
Sekiranya ahli KWSP mempunyai masalah berhubung penyata kira-kira, mereka boleh menghubungi Pusat Pengurusan Panggilan KWSP di talian 03-89226000 untuk mendapatkan penjelasan. Bagi aduan tentang kerosakan Kios, sila hubungi pegawai bank yang ditugaskan.
Sila lawati laman Pejabat-pejabat KWSP untuk mengetahui senarai lengkap pejabat KWSP & premis luar yang mempunyai Kios ini.
Tarikh Kemaskini: 5 Mei 2010
Source: KWSP
Leave A Comment