Need help with home loans?

5 Cara Bijak Untuk Refinance Rumah

Sekiranya anda membuat pertimbangkan untuk Refinance Rumah bagi mendapatkan duit tambahan bagi menyelesaikan pinjaman peribadi, kredit Kad, pengubahansuaian rumah atau untuk bantuan perubatan dan sebagainya.

Bacalah Artikel “5 cara bijak untuk refinance rumah.”

Mungkin ramai yang ingin refinance rumah tetapi tidak tahu di mana ingin dimulakan. Usah risau atau panik, baca artikel  ini dan semoga anda mendapat panduan.

1.     Semak CCRIS Report

Ya, semak CCRIS report. Kenapa penulis meletakkan sebagai tugasan yang paling penting?

Kerana CCRIS report memainkan peranan yang agak besar, andai kata anda mempunyai CCRIS report yang kurang cantik. Anda tidak boleh meneruskan untuk “ Refinance Rumah”, walaupun rumah anda bernilai RM1 juta pun tak berguna kerana tiada bank yang ingin memberi kelulusan.

Tapi usah risau, kadang kadang ada cara “ ajaib” untuk menolong anda begantung kepada sebab CCRIS anda “ tak cantik”.  Kami akan cuba sedaya yang mampu.

Untuk anda yang tidak mengetahui “CCRIS Report”, CCRIS Report menunjukkan karakter pembayaran balik pinjaman anda, andai kata pinjaman peribadi sudah 2 bulan tidak berbayar, maka report ini akan menyatakan 2 bulan tunggakkan.

CCRIS report boleh menunjukkan pembayaran balik selama setahun. Dalam masa setahun setiap pembayaran pinjaman dengan bank akan direkodkan.

Sebagai contoh, anda mempunyai 3 bulan tertunggak pada May tahun lepas (2013). Dan sekarang anda telah membayar dengan tepat, tiada lagi tunggakan. Apabila, bank membuat analisis karakter, mereka akan rasa ragu-ragu untuk memberi kelulusan kerana anda mempunyai karakter untuk tidak membayar pinjaman atau membiarkan ia tertunggak.

Andai kata, anda tidak tahu untuk membaca CCRIS report, anda boleh menghantar kepada kami dan kami boleh menolong untuk mentafsirkannya.

Kenapa penting sangat nak cetak CCRIS report? Bank boleh cetak jugak.

Oh ya bank boleh cetak.  Tetapi, bila pihak bank telah melihat ccris kamu dan mendapati ia “ tidak cantik” , mereka akan terus menolak permohonan.

Yang tak sedap tentang penolakkan ialah, mereka mempunyai rekod mengapa mereka menolak permohonan anda.

Andai kata, dalam masa setahun anda mempunyai ccris report yang cantik dan anda cuba untuk membuat pinjaman, mereka akan meneliti balik fail lama dan Ccris report.

Fail lama tidak akan dipadamkan sampai bila-bila malah akan dijadikan rujukan. Apabila meneliti fail lama anda, mereka akan mengetahui karakter lama.

     Kemungkinan untuk permohonan anda ditolak masih tinggi. CCRIS report hanya akan menunjukkan pembayaran balik selama setahun tapi fail lama akan disimpan sampai bila-bila.

      Kadang-kadang kami akan menyuruh pelanggan untuk mencetak dulu ccris report sebelum menghantar permohonan pinjaman ke bank.

2.     Ketahui Harga Pasaran Rumah Anda

Sebenarnya, ada pelbagai cara untuk mengetahui harga pasaran rumah. Salah satu adalah memberi maklumat rumah anda kepada kami dan kami boleh menolong untuk mencari harga pasaran.

Andai kata, anda ingin mengetahui dalam anggaran harga. Anda boleh melayari laman web www.iproperty.com. Disini anda boleh mengetahui harga rumah yang dijual sekarang.

Katakan harga rumah RM300,000 dijual di laman web ini. Anda bolehlah menurunkan 15% -20% dari harga yang dijual. 

Sebagai contoh RM300k x 20% = RM240,000 adalah anggaran harga rumah anda. Ini kerana, kebanyakkan penjual rumah selalu menjual dengan harga yang agak tinggi dari harga pasaran.

3.     Meneliti Jumlah Kos Refinance Rumah

Kos-kos refinance rumah haruslah diberi perhatian. Kerana, anda harus mengetahui berapakah nilai yang diperlukan dan adakah ia berbaloi untuk membuat refinance.

Kos refinance yang selalu diberi perhatian adalah kos yuran guaman, duti setem dan yuran Penilaian. Selalunya anggaran dalam 2-3% dari harga pinjaman. Contoh, harga pinjaman ( baru) RM300,000 x 3% = RM9000 adalah kosnya. Kos ini boleh dipinjamkan bersama pinjaman baru.

Kos penalti bank adalah anggaran 2-3% daripada harga pinjaman asal. Andai kata, pinjaman dahulu sebanyak RM200,000 x 3% = RM6000 adalah kos penalti. Tetapi, kos penalti selalunya hanya selama 2-3 tahun. Selepas tahun ke-4, tiada lagi kos penalti. Ada sesetengah pinjam perumahan tiada kos penalti. Oleh itu, adalah lebih baik andai kata anda menelefon pihak bank untuk mengetahui kos penalti anda.

4.     Ketahui Aliran Wang Tunai (cash out) Yang Diperolehi

Ya, ini adalah sangat penting untuk mengetahui berapa banyak anda perolehi. Dengan jumlah yang diterima anda boleh mengetahui samada ia mencukupi untuk memenuhi tujuan refinance anda.

Bagaiman pengiraannya ? Senang sahaja.

Jumlah pinjaman rumah,RM270,0000 = RM300,0000 (Harga pasaran rumah) x 90%

Baki hutang bank (c) : RM100,000

Kos penalti (kalau ada) : RM6000

Jumlah aliran Tunai (cash out)  : RM270,000 – RM100,000 – RM 6000 = RM164,000

Adakah RM164,000 mencukupi untuk memenuhi tujuan refinance anda?

5.     Semak Kelayakan Untuk Pinjaman

Sekarang anda telah bercadang untuk refinance rumah tapi tak pasti kelayakan anda.  Macamana?

Ada 2 cara, satu cara mudah dan satu agak susah.

Cara mudah ialah pergi ke “contact us” page. Dan isikan maklumat yang dikehendaki, kami akan menghantar Report Kelayakan yang percuma ke emel anda.

Cara kedua, melibatkan anda membuat pengiraan sendiri. Andai kata anda tidak suka matematik mungkin anda patut biar kami yang menolong membuat pengiraan.

Pengiraannya adalah seperti berikut :

Gaji Bersih : RM5000

Komitmen :

1.     Pinjaman Peribadi : RM500 sebulan

2.     Pinjaman Kereta : RM500 sebulan

3.     Kredit Kad : RM3000 ( baki ) x 5% = RM150 sebagai Komitmen

Jumlah Komitment : RM500+ RM500+RM150= RM1150.00

Pinjaman Perumahan yang baru :

Contoh :

Harga Pasaran  : RM300,000

Baki pinjaman Bank : RM100,000

Pinjaman Baru : RM300,000 x 90% = RM270,000

Aliran Tunai : RM270,000 – RM100,000 = RM170,000

Untuk refinancing, bank akan membuat pengiraan kelayakkan yang berlainan sedikit.

Anda akan mempunyai 2 akaun bank.

Yang pertama ialah pinjaman sebanyak RM100,000 , untuk menyelesaikan hutang bank lama. Ansuran bulanan dianggar RM473.26 ( 35 tahun @ 4.50%)

Yang kedua ialah pinjaman sebanyak RM170,000 untuk aliran tunai (cash out). Ansuran bulanan dianggar RM1761.85 ( 10 tahun @ 4.50% )

Untuk mengira ansuran bulanan, anda boleh menggunakan “ Home Loan Calculator” yang terdapat di web kami. www.malaysiahousingloan.com

Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa sepuluh tahun sahaja untuk pengiraan ansuran bulanan aliran tunai?

Ini kerana pada tahun ini kebanyakkan bank telah menggunakkan 10 tahun sebagai pengiraan kelayakkan. Ini diarahkan oleh Bank Negara Malaysia.

Walaupun kelayakkan menggunakan 10 tahun, tetapi untuk ansuran yang sebenar banyak bank masih menggunakkan 35 tahun.

Oleh itu, ansuran refinance rumah yang baru ialah RM473.26 + RM1761.85 = RM2235.11

Dengan itu, jumlah komitmen yang akan ada ialah RM1150+RM2235.11 = RM3385.11

DSR ( Debt service Ratio) ialah RM3385.11/5000 x 100= 67.70%

Selagi DSR kurang dari 70%, anda layak untuk membuat permohonan refinance rumah.

Harap anda mendapat sedikit panduan membuat refinance rumah dan untuk sebarang pertanyaan, sila klik “ Contact Us”

Contact Us Today!

[/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]
By | 2016-11-01T10:40:11+00:00 January 6th, 2016|Home Loan Tips, Latest Project|Comments Off on 5 Cara Bijak Untuk Refinance Rumah