Need help with home loans?

Refinance Rumah 2013

https://malaysiahousingloan.net/2013/04/15/refinance-rumah/

Hi,

Apa khabar semua? Harapp semua dalam keadaan yang  sangat sihat!

Ok, ini kali pertama Melissa menulis dalam Bahasa Melayu.

Kali terakhir menulis masa zaman sekolah-sekolah dulu. Boleh kira bagus jugak masa tu… Tapi sekarang banyak dah bagi balik cikgu.

Kami sedar sekarang kena tulis dalam Dwi Bahasa. Sebab nak rakan-rakan diluar sana faham konsep beli rumah, refinance rumah dan macam-macam lagi.

Tapi sebelum tu, kalau ada tersilap bahasa, mintak maaf banyak-banyak dulu.

Ramai diluar sana bertanya, patutkah refinance rumah atau buat pinjaman rumah sekarang? Atau patutkah kita beli rumah sekarang?

Sebenarnya, tiada jawapan yang sahih. Kami disini agak optimis dengan perkembangan Hartanah di Malaysia.

Walaupun, pada suku tahun yang pertama, transaksi jual beli rumah agak menurun tapi itu cuma kesan pilihan raya. Orang kata “ Deman Pilihan Raya”

Semua rakyat Malaysia sangat teruja nak mengundi, baik tua atau muda, kaya atau miskin, semua dah tak sabar-sabar nak mengundi. Kalau boleh , esok nak mengundi dah….

Yang pengundi berdaftar kali ini telah mengningkat kalau dibandingkan dulu. Baguslah begitu , ramai dah sedar, mengundi adalah tangungjawab kita semua.

Persoalannya, anda mengundi siapa?  Biarlah rahsia 🙂 antara anda dan kertas undi…

Balik ke cerita asal, kami sedar pada suku tahun yang pertama, ramai yang refinance rumah. Oleh itu, nak bercerita sikit pasal refinance rumah.

Kenapa beriya-iya sangat diaorang refinance rumah?

Apa kebaikan refinance rumah?

Sebenarnya, refinance rumah ada banyak kelebihan. Tapi, faktor utama mendorong refinancing ialah memperolehi “ extra cash” atau duit lebihan.

Dengan adanya duit lebih, bolehlah membaiki atau membuat pengubahsuaian rumah. Lagi-lagi, Hari Raya dah nak dekat, bolehlah beraya di rumah baru dengan sanak saudara berkumpul bersama sama.

Melissa suka hari perayaan, sebab suasana raya sangat seronok dengan gelak ketawa keluarga dan sanak saudara sambil menjamu makanan yang sedap sedap belaka.

Selain mengubah suai rumah, duit lebihan itu boleh disimpan di Amanah Saham ( ASB). Dividen yang disimpan di ASB sungguh tinggi. Dalam 8%-10% setahun.

Manakala, pinjaman perumahan dalam anggaran 4.20% – 4.40% setahun. Bolehlah untung dalam 3-4% setahun.

Sesetengah bank ada memberi pinjaman ASB, tapi kadar faedah pinjaman ASB agak tinggi dibandingkan pinjaman perumahan.

Selain itu, duit lebihan boleh jugak digunakan untuk menyelesaikan hutang-piutang Kad Kredit. Kadar Faedah Kad Kredit yang tinggi boleh menyebabkan sesetengah penghutang tidak mampu membayar balik. Ini telah menyebabkan ramai pemegang kad kredit jatuh bankrap.

Statistik Bank Negara mengenai kes-kes bankrap agak membimbangkan sebab kebanyakannya disebabkan kad kredit. Terutama, anak anak muda yang baru bekerja.

Andai kata, anda berhutang kad kredit RM50,000. Setiap bulan, bayaran minimum ialah RM50,000 x 5% = RM2500. OMG, RM2500 banyak tu! Macam gaji sesetengah orang…

Belum lagi bayar komitment lain… bila gaji terus kering poket…

Tetapi, kalau membuat refinance rumah. Pinjaman rumah RM50,000, bayaran balik dalam RM400-500 sebulan sahaja.

Sekurang-kurangnya, anda boleh membuat perancangan semula perbelanjaan anda. Tidaklah rasa sesak nafas.

Walaupun, pinjaman perumahan mempunyai tempoh pembayaran balik yang panjang seperti 30 tahun, anda masih boleh membuat pembayaran balik awal, tidak semesti 30 tahun, jika ada kemampuan anda boleh membayar balik dalam masa 5 tahun. Itu terpulang pada diri masing masing.

Anda dinasihatkan membuat refinance lebih awal. Janganlah sehingga tidak mampu membayar baru nak membuat refinance.

Sebab, bank juga mesti memastikan ada mempunyai kredit rekod yang bagus. Jika ada pinjaman yang tertunggak, pihak bank pun liat nak bagi pinjaman.

Untuk anda yang diluar sana, jika mempunyai pinjaman perumahan yang melebihi 3 tahun dan masih tiada perubahan dalam kadar faedah. Kami mengalu-alukan anda menghubungi kami.

Kami percaya refinance rumah mungkin langkah yang bijak untuk anda. Kami akan menunjukkan kelebihannya.

Jika anda berminat, sila hubungi kami. Klik sini.

Sehingga berjumpa lagi, salam sejahtera untuk semua!

Sekian.

Melissa.

P/s : Kami sedang mengusahakan laman web baru www.malaysiahousingloan.com . Anda bolehlah melawat laman web itu juga.

Jangan lupa untuk menonton video kami, harap anda enjoy! Klik sini untuk tonton video.

By | 2016-11-01T10:40:14+00:00 April 15th, 2013|Housing Loan, Latest Article/News, Refinancing|Comments Off on Refinance Rumah 2013