akpk-1

Salam Hari Raya kepada semua,

Dua tiga hari lagi dah nak Raya, persiapan dah cukup ker?

Mesti banyak yang buat last minutes shopping nie…

Ramai dah yang balik Raya nie. Tapi berhati-hati di jalan raya, kalau penat lelap kat perhentian rehat atau stesen minyak.

Bahaya drive balik dalam keadaan mengantuk… bahaya pada diri dan pengguna jalan raya yang lain jugak.

Sebenarnya, kami ingin mengucapkan “ Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakyat Malaysia”

Untuk yang menyambut Hari Raya, pasti best main bunga api , jumpa sanak saudara, makan rendang , ketupat , kuih muih raya and yang paling best bolehlah pakai baju raya yang lawa lawa.

Yang tak menyambut Hari Raya, tetap “ yahoo” sebab cuti public holiday 2 hari+ sabtu + ahad = yahoo 4 hari cuti. LOL.

Bolehlah relax-relax and melawat rumah terbuka.

Mesti ada yang tertanya-tanya, apa article penulis kali nie.

Sebernanya, penulis malas nak tulis yang berat berat nie.

Sempena hari cuti, penulis akan tulis yang light-light sudahlah.

Dua hari lepas, penulis ada mendapat emel dari seorang yang bernama Mr. X.

Mr X mempunyai dilema yang penulis rasa ramai yang ingin mengetahui cara membantunya.

Mr X ingin membeli rumah berharga RM200,000.

Tetapi, Mr X masih di dalam program AKPK.

So, Mr X tanya, bagaimana untuk mendapat pinjaman perumahan?

Untuk mereka yang tidak tahu apa itu program AKPK, AKPK adalah Agensi Kauseling dan Pengurusan Kredit yang dilancarkan oleh Bank Negara.

Tujuan AKPK diwujudkan adalah untuk membantu sesiapa yang tidak dapat menyelesaikan hutang bank dan mempunyai bayaran tertunggak yang melampau.

Kalau untuk pinjaman perumahan, bagi sesetengah peminjam, rumah mereka mungkin akan dilelong oleh pihak bank disebabkan tunggakan yang terlalu banyak.

Adanya AKPK, AKPK menjadi orang tengah untuk berbincang dengan pihak bank untuk membantu siapa yang tidak mampu membuat pembayaran.

AKPK mungkin akan berbincang dengan pihak bank agar bayaran bulanan diberi pada kadar yang rendah dan akan dinaikan sedikit demi sedikit.

Dengan ini, rumah tidak akan dilelong dan anda boleh membayar mengikut kemampuan.

Kesimpulannya, mereka yang pergi ke AKPK adalah mereka yang tidak mampu membayar pinjaman bank sekarang dah berharap pihak bank dapat memberi struktur pembayaran balik yang berpatutan.

Seperti yang anda tahu, jika anda tidak membayar pinjaman bank, pastinya rekod bank anda akan kelihatan kurang memuaskan.

Ini akan menyukarkan anda mendapat pinjaman yang baru.

Dalam keadaan Mr. X, dia tidak patut membeli rumah. Sebab, tiada bank yang mampu memberi pinjaman perumahan kepada Mr X.

Disebabkan rekod Mr. X yang kurang memuaskan, bank risau memberi pinjaman yang baru.

Hanya 3 cara untuk menyelesaikan masalah ini.

Yang pertama, beli rumah tersebut dengan wang tunai.

Yang kedua menyelesaikan semua hutang AKPK dan pastikan rekod yang kurang memuaskan dan rekod AKPK tiada lagi kelihatan di CCRIS report.

Yang Ketiga, guna nama orang lain. Mungkin isteri atau anak-anak.

Nasihat dari penulis, kalau boleh janganlah sampai kena masuk AKPK.

Sebab, mungkin anda tidak dapat membuat pinjaman baru selagi anda dalam program ini.

Tapi, kalau dah terdesak, seperti rumah dah nak kena lelong, then better minta bantuan AKPK.

Penulis harap article nie dapat member sedikit panduan kepada semua.

Selamat Hari Raya semua!

Good Luck :)