Soalan:

Bolehkah beli dan jual rumah dalam masa tidak sampai setahun?

Jawapan:

Boleh. Anda boleh beli rumah dan jual rumah dalam masa tidak setahun.

Tiada halangan sebenarnya.

Tetapi, dengan berbuat demikian anda mungkin akan dikenakan dua kos tambahan.

Biar saya jelaskan.

Kos yang pertama : Real Property Gain Tax ( RPGT) ataupun Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Kos yang pertama ialah Real Property Gain Tax ( RPGT) ataupun Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dikenakan bagi setiap keuntungan yang diperoleh menerusi jualan tanah atau hartanah bilamana harga jual semula adalah lebih tinggi dari harga belian.

Jika anda menjual rumah tersebut dengan keuntungan maka anda berkemungkinan akan dikenakan keatas keuntungan tersebut.

PENGECUALIAN Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Tetapi, jika keuntungan anda hanya sedikit atau kurang dari RM10,000 anda mungkin tidak akan dikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

Andai kata, anda masih dikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), anda boleh memohon untuk pengecualian membayar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

Terdapat dua pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang anda boleh mohon.

a. Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang diberikan sekali kepada setiap orang.

ATAU

b. Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang diberikan kepada tiga unit kediaman yang dilupuskan berdasarkan syarat-syarat berikut.

  • Harta kediaman yang dilupuskan tidak diperoleh dalam tempoh dari 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021.
  • Perjanjian jual beli ( atau surat cara pindah milik, bagi yang tiada Perjanjian Jual Beli)bagi pelupusan harta kediaman disempurnakan pada atau selepas 1 Jun 2020 tetapi tidal lewat daripada 31 Disember 2021 dan disetemkan dengan sewajarnya tidak lewat daripada 31 Januari 2022.

Berapakah kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)?

Tahun Menjual Hartanah Kadar CKHT
Kurang atau bersamaan dengan 3 tahun 30%
Kurang atau bersamaan dengan 4 tahun 20%
Kurang atau bersamaan dengan 5 tahun 15%
Lebih dari 5 tahun 5%

Jika anda membeli dan menjual rumah tersebut kurang dari setahun, maka anda akan dikenakan kadar CKHT 30%.

Walaubagaimana pun, jika anda menjual tanpa keuntungan, maka anda tidak akan deikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

Kos Kedua : Penalti Pinjaman Perumahan.

Kebanyakkan orang akan membeli rumah dan meminjam dengan bank untuk membiayai pembelian rumah tersebut.

Selalunya, pihak bank akan meletakkan lock-in period ke atas pinjaman perumahan anda.

Lock-in period bermaksud anda harus kekal membayar hutang dengan bank tersebut dalam masa yang ditentukan oleh bank itu.

Selalunya lock-in period adalah di dalam anggaran 3-5 tahun.

PENALTI PINJAMAN PERUMAHAN

Jika anda mengikari perjanjian tersebut, pihak bank boleh mengenakan penalti ke atas pinjaman perumahan anda.

Secara umum, kadar penalti adalah 2-3% keatas jumlah pinjaman asal. Tetapi, sesetengah bank mempunyai kadar penalti yang berbeza. Lebih baik menyemak dengan bank anda untuk maklumat yang lebih tepat.

Ini bermakna, di dalam tempoh 3-5 tahun anda tidak boleh menjual, refinance ataupun menyelesaikan baki pinjaman perumahan anda.

Tetapi, jika anda mengambil pinjaman perumahan Islamik, sesetengah bank tidak mempunyai lock-in period untuk produk pinjaman perumahan islamik.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk menyemak status lock-in period dengan menghubungi bank untuk mendapat maklumat yang lebih tepat.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat untuk anda.

Anda masih ada soalan? Jangan risau, anda boleh hubungi atau whatsapp kami di +6012-6946746.

Anda nak beli rumah ATAU jual rumah tapi tidak pasti kos lawyer fees? Minta Quotation disini. Klik sini.

Jika panduan ini bermanfaat, apa kata baca artikel seterusnya:

REAL PROPERTY GAIN TAX ( RPGT)