Masih ramai lagi yang bertanya, apa itu refinance rumah dan maksud refinance rumah?

Refinance rumah ada tiga jenis.

Yang Pertama, anda memindahkan pinjaman perumahan yang sedia ada ke bank lain.

Katakan, sekarang pinjaman perumahan anda berada di CIMB Bank. Disebabkan, kaedah faedah yang lebih baik ditawarkan Maybank, anda mungkin ingin memindah kepada Maybank. Ini hanyalah contoh, bukan bermakna Maybank lebih bagus dari CIMB. Maka dengan menukar pinjaman perumahan anda ke Maybank, anda membuat refinance rumah.

Yang Kedua, anda mempunyai sebuah rumah yang sudah habis bayar.

Tetapi, sekarang anda memerlukan wang untuk membuat sesuatu. Maka, anda pergilah bank buat refinance untuk mendapatkan cash out atau wang yang boleh digunakan. Ada yang panggil ini refinance, tapi ada jugak yang panggilnya re-mortgage. Apa-apa istilahnya, ini salah satu cara untuk mendapat duit lebihan atau cash out.

Yang Ketiga, Refinance rumah dengan bank yang sama.

Anda mempunyai pinjaman perumahan dengan CIMB atau mana-mana bank. Tapi, anda malas nak tukar-tukar bank. Oleh itu, anda pun bertanya dengan CIMB. Boleh tak buat refinance atau buat top up cash sahaja?

Refinance dan Top up cash adalah agak berbeza.

Refinance selalunya anda membuat permohonan yang baru. Seperti, anda membuat refinance dengan bank baru. Bezanya ini bank yang sama.

Kenapa semua orang tak apply je dengan bank yang sama?
Selalunya, bank akan bagi package yang lebih menarik kepada customer baru dari existing customer. Ataupun, package yang ditawarkan untuk customer baru pun tak menarik.Sebab itu ramai yang pergi bank lain.

Apa itu top up loan?
Top up loan adalah meminjam dengan bank yang sama, menggunakan rumah yang sama sebagai cagaran, dan meminta bank untuk memberi pinjaman top up dari pinjaman perumahan yang sedia ada.

Sebagai contoh,
Pinjaman Perumahan CIMB Yang Lama : RM300,000
Buat Top Up loan dengan CIMB : RM100,000
Total loan : RM400,000

Bila membuat top up loan, akaun pinjaman perumahan lama RM300k tidak akan diganggu. Semua tetap sama. Kadar Faedah, tenure, instalment dan lain-lain.

Untuk akaun top up loan, akan ada nombor akaun, kaedah faedah, tenure dan instalment yang baru. Agreement Bank akan dibuat baru hanya berdasarkan syarat-syarat top up loan. Oleh itu, disbursement untuk top up loan adalah lebih cepat.

Tetapi, selalunya kadar faedah untuk top up loan tidaklah menarik dan kadang-kadang jumlah yang diperolehi hanya sedikit. Oleh itu, ramai yang lebih suka meminjam dengan bank yang baru.

Okay, Melissa harap anda sekarang faham apa itu refinance rumah dan kalau ada yang masih ragu-ragu. Bolehlah hubungi kami di MalaysiahousingLoan.

Jangan lupa share artikel ini tau!

Artikel Berkaitan : 5 Cara Bijak Untuk Refinance Rumah

Request A Free Quotation From Us Today

Guaranteed Reply!!! – within 1 working days

Quotation For

  • SALE AND PURCHASE AGREEMENT MALAYSIA

  • LOAN AGREEMENT MALAYSIA

  • TRANSFER OF PROPERTY MALAYSIA

  • TRANSFER OF PROPERTY BY LOVE AND AFFECTION MALAYSIA

  • AUCTION PROPERTY MALAYSIA

  • SELLER QUOTATION FOR SUB SALE PROPERTY MALAYSIA

Don’t worry, we will definitely get back to you!

FILL UP THE FORM TODAY

Contact Us
To:
Quotation Will Send By Whatsapp.
Start Over

***( For This Moment, The Quotation Services Only Available For Property in Kuala Lumpur , Putrajaya , Cyberjaya , Selangor , Johor , Penang, Kedah , Melaka , Negeri Sembilan , Pahang & Perak )