Ramai juga yang tanya samaada boleh ker mereka refinance rumah untuk melangsaikan hutang kereta.

Sebelum Melissa menjawap soalan itu, Melissa nak bercakap sedikit mengenai Flat Rate dan Effective Rate. Masih ramai yang tidak dapat membezakan kedua-duanya.

refinance rumah

Apakah Flat Rate?

Flat Rate adalah pengiraan kadar faedah berdasarkan harga pinjaman asal. Kadar faedah Flat Rate adalah sama sahaja setiap bulan walaupun baki pinjaman berkurangan.

Sebagai contohnya, jika pinjaman asal ialah RM100k, kadar faedah yang dikenakan adalah 5% p.a. dan tempoh pinjaman ialah 10 tahun.

Maka dari tahun pertama hingga tahun ke sepuluh, pengiraan faedah adalah berdasarkan harga pinjaman asal RM100k.

Walaupun pada tahun kelima, baki pinjaman mungkin hanya berbaki sebanyak RM50k, tetapi pengiraan faedah yang dikenakan tetap berdasarkan harga pinjaman asal iaitu RM100k.

Dengan ini, jika anda membuat pembayaran awal, tiada kelebihan yang akan diberi selain dari berdasarkan budi bicara bank tersebut untuk memberi sedikit diskaun jika anda melangsaikan pinjaman tersebut.

Flat Rate banyak digunakan untuk pinjaman kereta dan juga pinjaman peribadi.

refinance rumah 2020

Apakah Effective Rate?

Effective Rate adalah pengiraan kadar faedah berdasarkan baki pinjaman.

Dimana kadar faedah yang dikenakan mungkin akan berubah ataupun tetap tetapi konsep pengiraannya adalah tetap sama iaitu berdasarkan baki pinjaman dan bukan harga pinjaman asal seperti Flat Rate.

Sebagai contoh, jika anda membuat pinjaman perumahan untuk RM100k, kadar faedah 3% p.a dan untuk tempoh 30 tahun.

Setiap hari atau bulan ( berdasarkan daily or monthly rest) bank akan membuat pengiraan faedah ke atas akaun pinjaman perumahan anda berdasarkan baki pinjaman anda pada hari atau bulan tersebut.

Jika pada tahun kelima belas, baki pinjaman perumahan anda berbaki RM50,000. Maka, pengiraan faedah adalah berdasarkan baki RM50,000 dan bukan harga pinjaman asal RM100k seperti Flat Rate.

Dengan ini, ia memberi kelebihan kepada peminjam yang ingin membuat pembayaran awal dimana anda dapat membuat penjimatan yang banyak.

Effective Rate banyak digunakan untuk produk pinjaman perumahan, komersial ataupun perniagaan.

Selesai penerangan di atas, mari kita menjawap soalan tadi.

refinance rumah

Soalan:

Hai, okay tak kalau refinance rumah nak settle kan hutang kereta sekali.

Jawapan:

Hi, Terima Kasih atas soalan Encik.

Tiada halangan untuk menggunakan wang tunai dari refinance rumah untuk langsaikan hutang kereta.

Tetapi persoalannya, adakah berbaloi untuk berbuat demikian?

Semua pinjaman kereta dan pinjaman peribadi adalah berdasarkan flat rate. Manakala, pinjaman perumahan adalah berdasarkan effective rate.

Flat rate adalah menggunakan cara pengiraan yang tetap berdasarkan jumlah pinjaman asal dan kadar faedahnya adalah tetap sepanjang tempoh pinjaman.

Sebagai contohnya, Encik membuat pinjaman kereta sebanyak RM60k selama 10 tahun dan kadar faedah pinjaman kereta adalah sebanyak 5% p.a.

Setiap tahun, encik akan membayar kadar faedah 5% p.a keatas jumlah pinjaman kereta yang diambil, RM60k.

Walaupun, pada tahun kedua baki pinjaman kereta hanya berbaki RM50k. Encik tetap membayar kadar faedah 5% p.a keatas pinjaman asal iaitu RM60k.

Ataupun pada tahun keempat, baki pinjaman kereta hanya berbaki RM30k, Encik tetap perlu membayar kadar faedah 5% p.a keatas pinjaman asal iaitu RM60k.

Itu adalah FLAT RATE, ia agak berbeza dan boleh merugikan peminjam.

Untuk EFFECTIVE RATE, pengiraan akan berdasarkan jumlah baki dan bukan jumlah asal pinjaman.

Katakan pinjaman kereta encik berbaki RM30,000.

Jika encik menyelesaikan sepenuhnya baki tersebut pada tahun 2020 ataupun mengikut jadual tempoh pembayaran mungkin tahun 2025, encik tetap dikehendaki membayar RM30,000 baki pinjaman tersebut.

Oleh itu, sesetengah orang berasa tiada kelebihan dengan berbuat demikian.

Lebih bermanfaat jika wang RM30,000 disimpan di dalam Amanah Saham, Tabung Haji ataupun mana-mana pelaburan yang sesuai.

Kadang-kadang bank akan memberi diskaun sedikit kerana membuat penyelesaian awal.

Tetapi, Encik harus membuat pengiraan sendiri adakah berbaloi untuk berbuat demikian.

Saya harap dengan sedikit penerangan dapat membantu encik dalam membuat keputusan.

Moga maklumat ini bermanfaat.

Terima kasih.

Jika anda berminat untuk membuat Refinance Rumah, anda boleh hubungi kami di 012-6946746 dan bercakap dengan Perunding Khidmat Nasihat Pembiayaan, Encik David.

Suka artikel ini? Anda juga mungkin akan menyukai artikel ini. Kelebihan Dan Kekurangan Refinance Rumah.

LIKE, SHARE & FOLLOW US!

#malaysiahousingloan

MALAYSIA HOUSING LOAN

Online Mortgage Consultant

Call or Whatsapp Us: 012-6946746 (Talk to David)

Visit Our Website

Subscribe Our Youtube Channel

Follow us on Facebook

Contact Us Today!

Contact Us

Have any Questions?
Fill up the contact form below. We will get back to you as fast as possible :)

To:
Quotation Will Send By Whatsapp.
Start Over