Suatu hari, ada seorang customer bertanya. “Boleh ke kita “tumpang” peguam dalam SPA?”

Jawapan mudah. 

Boleh.

Seorang penjual dan pembeli boleh menggunakan peguam yang sama.

Tetapi tidak digalakkan untuk menjaga hak dan kepentingan masing-masing.

Selalunya dalam transaksi jual beli rumah, pembeli harus mempunyai peguam sendiri.

Ini mengelakkan dari tertipu oleh penjual ataupun mana-mana pihak yang terlibat 

Peguam ini haruslah peguam yang tidak ada kena mengena dengan penjual ataupun mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan.

Manakala penjual juga harus diwakili oleh seorang peguam sendiri yang akan menjaga hak dan kepentingan beliau dalam urusan jual beli rumah.

Tetapi…

Selalunya pihak penjual tidak ingin mengeluarkan wang yang lebih untuk menggunakan peguam sendiri.

Maka, penjual akan tumpang peguam pembeli.

Bila begini, penjual hanya membayar kos minima. Mungkin dalam RM2k kebawah.

Dengan ini kepentingan hak penjual tidak akan terjaga sangat.

Yang anehnya, kadang-kadang…

Penjual tahu kepentingan mereka tidak akan terjaga tetapi masih mempersoalkan kepentingan dan hak mereka dengan peguam pembeli.

Malah, ada penjual yang sangat bijak.

Mereka meminta pembeli mengguna peguam mereka.

Dengan berbuat demikian, peguam yang mereka rekomen pembeli akan menjaga kepentingan mereka disamping mereka tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak.

Sebab itu pembeli rumah kena lagi bijak supaya tidak senang dimanipulasi oleh penjual ataupun agen rumah yang bekerjasama dengan penjual.

 

LIKE, SHARE & FOLLOW US!

#malaysiahousingloan

MALAYSIA HOUSING LOAN

Online Mortgage Consultant

Call or Whatsapp Us: 012-6946746 (Talk to David)

Subscribe Our Youtube Channel

Follow us on Facebook

Contact Us Today!

1 Step 1

We Will Get Back To You As Fast As Possible. Thank You.

keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right