Perkara yang wajib anda tahu sebelum membeli rumah pada tahun 2023 adalah kos duti setem rumah 2023.

Hartanah adalah satu pelaburan besar yang melibatkan pelbagai proses, maka amat penting untuk anda membuat pilihan yang tepat ketika membeli rumah anda.

Pembelian hartanah juga melibatkan pelbagai kos dan salah satu kos ialah kos duti setem rumah.

Kos duti setem rumah juga adalah kos yang paling mahal diantara semua kos. Oleh itu, adalah lebih penting untuk anda memahami kos duti setem rumah.

APAKAH DUTI SETEM RUMAH 2023?

Menurut rujukan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), duti setem ini didefinisikan sebagai cukai yang akan dikenakan ke atas dokumen bertulis (surat cara) dan bukan transaksi.

Secara amnya duti setem dikenakan ke atas surat cara jenis undang-undang, komersial dan urusan kewangan yang tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949.

Duti setem penting kerana setiap dokumen (surat) cara hendaklah disetemkan dengan sempurna supaya menjadi dokumen dan bukti yang sah di mahkamah.

BERAPAKAH KADAR DUTI SETEM PINDAH MILIK 2023?

Pada belanjawan 2019, kerajaan telah mengumumkan kenaikan duti setem rumah bagi hartanah bernilai lebih daripada RM1juta, yang mana kadar tersebut telah meningkat sebanyak 3% ke 4%.

Oleh yang demikian kadar duti setem rumah 2023 terkini adalah dikira seperti di bawah.

PERINGKAT HARGA RUMAH DUTI SETEM RUMAH (% DARIPADA HARGA RUMAH)
RM100,000 pertama 1%
RM400,000 yang berikutnya ( RM101,000 – RM500,000) 2%
Jumlah seterusnya sehingga ( RM500,0001- RM1 juta ) 3%
Jumlah seterusnya (>RM1 juta) 4%

CONTOH PENGIRAAN DUTI SETEM PINDAHMILIK 2023

Contoh 1:

Jika anda membeli pada harga RM500,000, pengiraan duti setem pindahmilik adalah seperti berikut.

HARGA RUMAH RM500,000
RM100,000 pertama RM100,000 x 1% = RM1000
RM400,000 yang berikutnya ( RM101,000 – RM500,000) RM400,000 x 2% = RM8000
JUMLAH DUTI SETEM RUMAH RM9000

Contoh 2:

Andaikata anda membeli pada harga RM800,000, pengiraan duti setem pindahmilik adalah seperti berikut.

HARGA RUMAH RM500,000
RM100,000 pertama RM100,000 x 1% = RM1000
RM400,000 yang berikutnya ( RM101,000 – RM500,000) RM400,000 x 2% = RM8000
Jumlah seterusnya, RM300,0000 RM300,000 x 3% = RM9000
JUMLAH DUTI SETEM RUMAH RM18,000

Contoh 3:

Jika anda membeli pada harga RM1,100,000, pengiraan duti setem pindahmilik adalah seperti berikut.

HARGA RUMAH RM500,000
RM100,000 pertama RM100,000 x 1% = RM1000
RM400,000 yang berikutnya ( RM101,000 – RM500,000) RM400,000 x 2% = RM8000
Jumlah seterusnya sehingga ( RM500,0001- RM1 juta ) RM500,000 x 3% = RM15,000
Jumlah seterusnya RM100,000 RM100,000 x 4% = RM4,000
JUMLAH DUTI SETEM RUMAH RM28,000

PENGECUALIAN DUTI SETEM RUMAH PERTAMA 2021

Tahukah anda kos duti setem boleh menelan belanja yang agak besar lebih-lebih lagi jika melibatkan pembelian hartanah kediaman.

Tetapi, bagi terus menggalakkan pemilikan rumah, kerajaan akan melaksanakan pengecualian duti setem sepenuhnya diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000.

PENGECUALIAN DUTI SETEM RUMAH PERTAMA

Pengecualian duti setem hanya diberi jika Perjanjian Jual Beli dikuatkuasa dari 1hb Januari 2021 sehingga 31hb Disember 2025.

Ini bermakna, jika anda membeli rumah dibawah RM500,000 pada tahun 1hb Januari 2021 sehingga 31hb Disember 2025 , dan anda adalah pembeli rumah pertama maka anda akan menikmati pengecualian duti setem rumah 2023.

CONTOH PENGIRAAN PENGECUALIAN DUTI SETEM RUMAH PERTAMA 2023

Contoh 1:

Jika anda membeli pada harga RM500,000 dan mengambil loan sebanyak RM450,000 , pengiraan duti setem pindahmilik dan perjanjian pinjaman adalah seperti berikut.

KADAR DAN PENGIRAAN

DUTI SETEM RUMAH PINDAHMILIK TANPA PENGECUALIAN

HARGA RUMAH RM500,000
RM100,000 pertama RM100,000 x 1% = RM1000
RM400,000 yang berikutnya ( RM101,000 – RM500,000) RM400,000 x 2% = RM8000
JUMLAH DUTI SETEM RUMAH RM9000
JUMLAH KENA BAYAR RM9000

KADAR DAN PENGIRAAN

DUTI SETEM RUMAH PINDAHMILIK DENGAN PENGECUALIAN

HARGA RUMAH RM500,000
RM100,000 pertama RM100,000 x 1% = RM1000
RM400,000 yang berikutnya ( RM101,000 – RM500,000) RM400,000 x 2% = RM8000
JUMLAH DUTI SETEM RUMAH RM9000
JUMLAH KENA BAYAR RM0

KADAR DAN PENGIRAAN

DUTI SETEM PERJANJIAN PINJAMAN TANPA PENGECUALIAN

HARGA PINJAMAN RM450,000
RM450,000 RM450,000 X 0.5% = RM2250
JUMLAH DUTI SETEM PERJANJIAN PINJAMAN RM2250
JUMLAH KENA BAYAR RM2250

KADAR DAN PENGIRAAN

DUTI SETEM PERJANJIAN PINJAMAN DENGAN PENGECUALIAN

HARGA PINJAMAN RM450,000
RM450,000 RM450,000 X 0.5% = RM2250
JUMLAH DUTI SETEM PERJANJIAN PINJAMAN RM2250
JUMLAH KENA BAYAR RM0

Ini bermakna anda berjaya mendapat penjimatan sebanyak RM9000 untuk Duti Setem Rumah Pindahmilik DAN RM2250 untuk Duti Setem Perjanjian Pinjaman.

Keseluruhan jumlah penjimatan sebanyak RM11,250.00

Banyak tak? Banyakkk….

Suka tak? Sukaaa…

KRITERIA PENGECUALIAN DUTI SETEM RUMAH PERTAMA 2023

Sebelum anda dapat menikmati pengecualian duti setem rumah 2023, anda harus membuat satu akujanji mengesahkan rumah yang dibeli adalah seperti berikut.

  1. Tarikh Perjanjian Jual Beli dikuatkuasa: 1hb Januari 2021 hingga 31 disember 2025.
  2. Mengesahkan yang harga belian harta kediaman yang disebut adalah tidak melebihi RM500,000.
  3. Mengesahkan harta kediaman yang dibeli tidak termasuk small office home office (SOHO), small office flexible office (SOFO), small office virtual office (SOVO) dan service apartment.
  4. Anda tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman termasuk harta kediaman yang diperolehi secara pewarisan atau pemberian, yang dipegang sama ada secara individua atau bersama dan belum pernah diluluskan permohonan peremitan duti setem.
"Alaa… kawan saya jual rumah ini RM500,000, tapi kat SPA kami bersetuju untuk letak RM300,000 je, supaya saya boleh jimat sikit duti setem rumah."

Nota Penting :

Mungkin ada sesetengah orang akan terfikir untuk meletakkan harga yang lebih rendah di dalam perjanjian jual beli untuk mengambil kesempatan diatas penjimatan duti setem rumah.

Tetapi, harus diingat duti setem rumah akan dikira berdasarkan harga rumah atau harga pasaran rumah tersebut, mengikut nilai yang lebih tinggi.

Jika harga Perjanjian Jual Beli adalah RM450,000 dan harga sebenar mengikut harga pasaran ialah RM500,000, maka Duti Setem Rumah akan dikira berdasar RM500,000, mengikut nilai yang lebih tinggi.

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat untuk bakal pembeli rumah dan juga anda.

Anda masih ada soalan berkenaan Duti Setem 2023? Jangan risau, hubungi atau whatsapp kami di +6012-6946746.

Anda nak beli rumah tapi tak pasti kos lawyer fees dan duti setem rumah? Minta Quotation disini. Klik sini.

Jika panduan ini bermanfaat, apa kata baca artikel seterusnya:

TAKUT TERTIPU DENGAN PEGUAM? CARA MEMILIH PEGUAM HARTANAH

malaysia housing loan contact

Request FREE Quotation today!

  • SALE AND PURCHASE AGREEMENT MALAYSIA

  • LOAN AGREEMENT MALAYSIA ( For Refinancing or Subsale )

  • TRANSFER OF PROPERTY MALAYSIA

  • TRANSFER OF PROPERTY BY LOVE AND AFFECTION MALAYSIA

  • AUCTION PROPERTY MALAYSIA

  • SELLER QUOTATION FOR SUB SALE PROPERTY MALAYSIA

 

No worries, we will get back to you soon!

FILL UP THE FORM

Contact Us
To:
Quotation Will Send By Whatsapp.
Start Over

***( For This Moment, The Quotation Services Are Available For Property in Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya, Selangor, Johor, Penang, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang & Perak Only )