Refinance rumah adalah satu proses yang amat popular di kalangan pemilik rumah. Sebelum refinance rumah pastikan anda baca artikel ini.

Ini kerana membeli rumah adalah satu pelaburan yang bagus dan bijak.

Dengan mempunyai rumah anda boleh mendapat duit lebih apabila harga pasaran rumah naik.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyewa rumah tersebut dan mengguna wang sewaan untuk membayar bank.

Seperti kata perpatah “sambil menyelam minum air”.

Best tak begitu? Mesti best kan.

Tetapi, jangan terlalu terikut-ikut trend untuk membeli rumah.

Anda harus membuat kajian dahulu, ini kerana ramai yang telah tertipu.

Ramai yang membeli rumah tetapi rumah tersebut tidak dapat disewakan ataupun harga pasaran jatuh dan jauh lebih rendah dari harga beli.

Pelaburan rumah mempunyai banyak risiko. Belajarlah untuk mengurangkan risiko tersebut. Jangan terikut-ikut kata orang sahaja!

Jika anda tidak menjual rumah yang dibeli, dan tetap ingin mendapatkan duit dari rumah tersebut maka salah satu caranya ialah dengan membuat refinance rumah.

Refinance Rumah bukanlah satu cara yang baru, ramai yang refinance rumah dan mendapat wang lebihan.

Dari duit refinance rumah, mereka gunakan untuk selesaikan hutang, beli rumah baru, renovate rumah, sambung belajar dan macam-macam lagi.

Tetapi sebelum anda refinance rumah ada 5 perkara yang anda harus tahu sebelum refinance rumah.

Mari baca artikel ini.

TUJUAN REFINANCE RUMAH

Refinance Rumah adalah satu pembiayaan baru dan selalunya anda akan menambah hutang dengan refinance rumah.

Contohnya, mungkin baki pinjaman rumah sekarang adalah RM200,000.

Katakan anda memerlukan RM100,000. Maka, anda membuat refinance rumah dengan bank lain dengan pinjaman RM300,000.

Bank baru akan membayar RM200,000 ke bank lama untuk menutup akaun pinjaman perumahan anda di sana.

Seterusnya, baki RM100,000 akan diberi kepada anda.

Anda boleh mengguna wang tersebut untuk membuat apa-apa sahaja.

Oleh itu, pastikan anda mempunyai tujuan untuk refinance rumah.

Supaya wang RM100,000 yang diterima tidak disalah gunakan.

Ada sesetengah orang yang pada mulanya ingin menggunakan wang lebihan untuk menyelesaikan hutang tetapi digunakan untuk bercuti, buat business lain, kena tipu dan akhirnya, masalah lama tidak diselesaikan malah menambah masalah baru.

Melissa harap anda tidak jatuh digolongan ini.

Pengetahuan mengenai perancangan kewangan adalah sangat penting, banyakkan membaca untuk mendapat ilmu di dada.

KOS REFINANCE RUMAH

Untuk membuat refinance, anda harus membayar sedikit kos refinance rumah.

Kos refinance rumah yang wajib adalah seperti berikut.

Kos Peguam Bank, duti setem, disbursement fees dan service tax.

Semasa anda membuat refinance rumah dengan bank baru, anda akan menandatangani perjanjian baru.

Maka bank akan menyuruh peguam bank untuk menyiapkan dokumen.

Dokumen ini akan ditandatangani oleh peminjam dan pihak bank.

Untuk penyediaan dokumen-dokumen ini, peminjam harus menanggung kosnya.

Kos ini akan dibayar kepada peguam bank.

Kos Valuation Report

Untuk refinance rumah, pihak bank juga perlu mendapatkan pengesahan harga pasaran rumah dari jurunilai.

Pengesahan adalah berbentuk dalam satu report yang dipanggil “valuation report.”

Valuation report akan dibuat oleh jurunilai berdasarkan data-data yang dikemas kini, dan site-visit ke rumah yang dibuat refinance.

Kos refinance rumah diatas dianggarkan dalam 3-4% dari harga pinjaman.

Contohnya, jika pinjaman baru adalah RM300,000, maka kos refinance rumah ialah RM9000 – RM12,000.

RM300,000 x 3% = RM9000

atau

RM300,000 x 4% = RM12,000

Kebanyakkan bank membenarkan kos refinance rumah diatas dimasukkan bersama pinjaman perumahan baru.

Tetapi, ada juga bank yang menyuruh anda membayar kos refinance rumah ini.

Ataupun, kadang-kadang jumlah kos refinance rumah yang dipinjamkan adalah tidak mencukupi dan anda terpaksa mengeluarkan sedikit.

PENALTY FEE

Sebelum anda membuat refinance rumah adalah amat penting untuk mendapat pengesahan dari bank lama mengenai penalti fee.

Penalty Fee adalah satu kos yang dikenakan oleh bank, jika anda menyelesaikan penuh pinjaman perumahan baik dengan menggunakan EPF, duit sendiri, jual rumah ataupun refinance rumah.

Bank selalunya akan mengenakan tempoh masa dalam 3-5 tahun sebelum anda dibenarkan menyelesaikan penuh akaun pinjaman perumahan.

Oleh itu, jika anda tidak ingin mendapat “surprise”, baik anda mendapat kepastian dengan pihak bank dahulu.

Selalunya penalty fee dikenakan dalam 3% dari harga pinjaman. Katakan, pinjaman asal anda RM300,000, makan penalti fee adalah RM9000.

Tetapi, lain bank lain penalty fee dan tempoh masa yang dikenakan pun berlainan.

Oleh itu, anda harus mendapat kepastian dari pihak bank sebelum membuat refinance rumah.

HARGA PASARAN

Selain itu harga pasaran rumah juga amat penting untuk mengetahui sama ada anda layak untuk refinance rumah atau tidak.

Sebelum anda membuat permohonan untuk refinance rumah. Cuba anda check di Propertyguru, iproperty ataupun Mudah berapa harga rumah yang dijual di kawasan rumah anda sekarang.

Jika harga jual adalah lebih kurang dengan harga beli anda sekarang,dan anda masih mempunyai baki yang tinggi, contohnya, anda mengambil 100% loan dahulu, dan baki yang ada mungkin hanya berkurangan RM5-10k sahaja, maka anda boleh lupakan niat untuk refinance rumah.

Ini kerana, bank hanya memberi 80-85% margin untuk refinance sahaja, jika harga pasaran rumah masih rendah maka refinance rumah yang baru tidak dapat ditutup dan anda juga tidak akan dapat wang lebihan. Maka, no point untuk diteruskan.

KADAR FAEDAH BANK

Sebelum Refinance rumah anda juga perlu tahu berapa kadar faedah yang dikenakan oleh bank sekarang.

Maknanya, anda kena tahu berapa bank kenakan kadar faedah untuk pinjaman perumahan yang sedia ada.

Selepas itu, anda kena membuat perbandingan dengan kadar faedah bank lain sekarang.

Contohnya, kalau kadar faedah yang dikenakan oleh bank lama ialah 4%. Dan bank baru mengenakan kadar faedah 3% sahaja, maka anda mendapat penjimatan sehingga 1%.

Dengan itu, anda mendapat penjimatan dengan refinance rumah.

Itu adalah 5 perkara yang anda harus tahu sebelum refinance rumah, Melissa berharap artikel ini bermanfaat.

Pada pendapat anda, apalagi perkara yang anda harus tahu sebelum refinance rumah. Boleh share di ruang komen.

Jika anda berminat untuk membuat Refinance rumah, boleh hubungi kami di 012-6946746 dan bercakap dengan Perunding Khidmat Nasihat Pembiayaan, Encik David.

Suka artikel ini? Anda juga mungkin akan menyukai artikel ini.

Cara Refinance Rumah (Dapat duit dengan Memohon Housing Loan)

LIKE, SHARE & FOLLOW US!

#malaysiahousingloan

MALAYSIA HOUSING LOAN

Online Mortgage Consultant

Call or Whatsapp Us: 012-6946746 (Talk to David)

Subscribe Our Youtube Channel

Follow us on Facebook