Di Malaysia kita mempunyai lebih kurang 20 buah bank untuk membuat pinjaman perumahan. Dan salah satu pinjaman perumahan yang popular ialah refinance rumah.

Hari ini kita nak bercakap sedikit tentang refinance rumah dengan Bank Rakyat. Ada sesetengah orang memang suka Bank Rakyat sebab kelulusan yang agak fleksible berbanding bank lain.

DEBT CONSOLIDATION LOAN

Selain refinance rumah, Bank Rakyat juga memberi pinjaman perumahan untuk menyatukan segala hutang-hutang anda atau yang dipanggil Debt consolidation loan.

Debt consolidation loan membenarkan anda menyatukan semua hutang-hutang anda menjadi satu.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai pinjaman peribadi, kereta, kad kredit, pajak gadai dan lain-lain, anda boleh menggabungkan hutang-hutang tersebut menjadi satu dan hanya fokus membayar kepada satu akaun sahaja.

Tetapi, Debt consolidation loan masih tertaluk kepada syarat-syarat tertentu dengan bank.

Jika anda mengambil debt loan consolidation, surat tawaran akan menyatakan hutang-hutang yang akan dilangsaikan seperti berikut:

Pelanggan dikehendaki menjelaskan keseluruhan baki Pembiayaan seperti di bawah melalui Pembiayaan ini:

a. Pembiayaan kenderaan di AMBANK limit RM 114,900.00 seperti rekod CCRIS.

b. Pembiayaan peribadi di PUBLIC BANK BERHAD limit RM 65,000.00 seperti rekod CCRIS.

c. Pembiayaan peribadi di AGROBANK limit RM 70,000.00 seperti rekod CCRIS.

Jika anda berminat, boleh hubungi kami di 012-6946746 (David) untuk konsultasi lanjut.

PRODUK PINJAMAN PERUMAHAN BANK RAKYAT

Di Bank Rakyat hanya konsep syariah yang digunakan keatas produk-produk pinjamannya.

Dibawah kemudahan pembiayaan ini adalah prinsip Syariah Murabahah (dengan menerima pakai amalan Tawarruq) di mana berdasarkan Wa`d (janji) daripada pelanggan, pihak Bank akan membeli komoditi daripada pembekal komoditi dan seterusnya menjual komoditi kepada pelanggan berdasarkan harga jualan Murabahah (harga kos komoditi beserta keuntungan) secara tangguh.

Pihak Bank kemudiannya, sebagai ejen pelanggan, akan menjual komoditi kepada pembeli pihak ketiga secara tunai. Kutipan tunai daripada pembeli pihak ketiga ini akan dimasukkan ke dalam akaun penerima bayaran (payee). Jenis komoditi yang digunapakai adalah komoditi yang dibenarkan oleh Syariah yang terdapat di Bursa Suq Al-Sila`.

KELAYAKAN BANK RAKYAT

Kelayakan untuk refinance rumah bank rakyat adalah dikira menggunakan Kalkulator yang disediakan oleh bank. Tetapi, ia tidak jauh dari pengiraan kelayakan bank lain.

Untuk mengira kelayakan,anda boleh menghubungi kami di 012-6946746 (David)

PAKEJ PINJAMAN PERUMAHAN

Bank Rakyat mengamalkan pakej pinjaman perumahan berdasar kadar terapung.

Kadar Terapung merupakan kadar keuntungan efektif dan ansuran bulanan dipersetujui berdasarkan kepada pengiraan alas Kadar Terapung dan tidak melebihi Kadar Siling.

Semasa penulisan artikel ini pada 3/6/2021, kadar siling Bank Rakayat adalah 9.60%.

Berdasarkan website Bank Rakyat pada 3/6/2021, pakej pinjaman perumahan adalah seperti berikut.

Permohonan dengan MRTT

Jumlah pinjaman pembiayaan / Kadar Keuntungan

Kurang RM200,000 / KA + 1.30%

RM200,000-RM349,999 / KA + 1.00%

RM350,000 & Ke atas / KA + 0.80%

Permohonan tanpa MRTT

Jumlah pinjaman pembiayaan / Kadar Keuntungan

Kurang RM200,000 / KA + 1.40%

RM200,000-RM349,999 / KA + 1.10%

RM350,000 & Ke atas / KA + 0.90%

Kadar Asas (KA) : 2.60%

MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful

KADAR ASAS (KA)

Apakah Kadar Asas (KA)?

KA yang ditawarkan untuk produk ini adalah berdasarkan kepada Penanda Aras Kos Dana (Marginal Cost Of Fund). Penanda Aras Kos Dana tersebut akan mencerminkan kos untuk mendapatkan dana baharu dan kadar rujukan 3-bulan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR).

Apakah senario yang boleh menyebabkan perubahan Kadar Asas?

KA boleh berubah apabila berlakunya perubahan dalam Penanda Aras Kos Dana (COF). Perubahan Penanda Aras Kos Dana akan berlaku sekiranya terdapat perubahan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Polisi Monetari, Bank Negara Malaysia, serta faktor-faktor lain seperti keadaan pasaran pendanaan.

TEMPOH PEMBIAYAAN

Bank rakyat menawarkan tempoh pembiayaan selama 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun, yang mana terdahulu.

CARA PEMBAYARAN

Untuk membuat pembayaran ansuran bulanan, anda boleh membayar melalui cara berikut:

a. Biro Perkhidmatan Angkasa

b. Potongan Gaji Majikan

c. Potongan Akaun Simpanan-i

d. Bayaran Secara Elektronik

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Saya berminat untuk memohon bank rakyat, apakah dokumen yang diperlukan?

Pendapatan Tetap

  1. Salinan MyKad; atau
  2. Kad Kuasa (Polis / Tentera)
  3. Salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini
  4. Penyata Bank 3 bulan terkini
  5. Borang EA / Penyata KWSP
  6. Surat Pengesahan Majikan

Pendapatan Tidak Tetap (Sumber Pendapatan dari Perniagaan)

  1. Salinan MyKad; atau
  2. Kad Kuasa (Polis / Tentera)
  3. Penyata Bank 6 bulan terkini (Individu / Perniagaan)
  4. Pendaftaran Perniagaan / Borang 24 atau 49
  5. Borang B dan Resit Bayaran

Dokumen Harta

  • Perjanjian Jual Beli
  • Salinan Geran

KOS UNTUK REFINANCE RUMAH DENGAN BANK RAKYAT

Jika anda membuat refinance rumah, tidak kira bank mana, memang akan ada kos refinance. Selalu kosnya adalah lebih kurang sama sahaja.

a. Yuran Guaman Bank

Bila anda memohon pinjaman perumahan, anda dikehendaki menandatangani dokumen-dokumen penting dengan bank.

Dokumen-dokumen ini akan disediakan oleh firma guaman bank dan anda dikehendaki membayar yuran guaman kepada peguam tersebut.

Yuran guaman tersebut adalah termasuk Professional Fees, Duti setem, disbursement Fees dan Service Tax. Anggaran di dalam 2-3% dari Jumlah Pinjaman.

b. Laporan Penilaian (valuation report)

Semasa anda membuat refinance rumah dengan Bank Rakyat atau mana-mana bank pun, pihak bank akan menyuruh Jurunilai Bank untuk membuat Laporan Penilaian.

Laporan Penilaian ini akan menyatakan harga pasaran sebenar rumah anda. Harga Pasaran adalah penting untuk menentukan berapa pinjaman perumahan yang akan diberi kepada anda. Oleh itu, ia perlu disempurnakan.

Caj Laporan Penilaian adalah berdasarkan kepada skala-skala yang tertentu. Selalunya, caj Laporan Penilaian tidak akan melebihi 0.50% dari Jumlah Pinjaman.

c. Caj Wakalah (Yuran Broker) RM28.30

Caj wakalah adalah yuran broker, dimana bank dilantik sebagai broker untuk menyempurnakan kontrak anda dengan bank.

KENAPA REFINANCE RUMAH BANK RAKYAT MENJADI PILIHAN?

Ini adalah sebab mengapa refinance rumah Bank Rakyat menjadi pilihan.

A. Mengamalkan 100% konsep syariah.

B. Kelulusan bank yang agak fleksible berbanding bank lain.

C. Memberi pembiayaan pada sesetengah rumah yang berusia lebih dari 10 tahun dan masih dibawah master title.

D. Memberi pembiayaan keatas sesetengah rumah yang pemaju telah bankrupt dan dibawah Liquidator.

E. Boleh buat Debt Consolidation Loan, Penyatuan semua hutang menjadi satu.

F. Kadang-kadang boleh mendapat market value yang tinggi dari bank lain.

G. Jika anda membuat permohonan melalui MalaysiaHousingLoan.com anda akan diperkenalkan dengan Pegawai Bank Rakyat yang rajin dan bagus. ( ramai pelanggan yang memuji pegawai ini!)

KESIMPULANNYA

Secara jujurnya, Melissa berpendapat Refinance Rumah Bank Rakyat ada kebaikan dan juga keburukannya.

Jika pinjaman perumahan anda adalah straight forward dan senang untuk lulus, selalunya anda mungkin tidak akan memandang Bank Rakyat sebab Pakej perumahan yang lebih tinggi dari bank lain.

Tetapi jika pinjaman perumahan anda jenis yang susah nak approve, dan memerlukan market value yang tinggi. Mungkin anda boleh mencuba Bank Rakyat.

Untuk rumah yang berusia lebih 10 tahun dan masih memegang geran master title, banyak bank yang tidak lagi memberi pinjaman. Anda juga boleh mencuba nasib dengan Bank Rakyat.

Anda mempunyai banyak hutang-hutang seperti pinjaman peribadi, pinjaman kereta, kad kredit dan sebagainya?

Dan gaji anda tidak lepas untuk membuat pinjaman biasa dengan bank lain?

Mungkin Bank Rakyat dapat membantu anda.

Anda bersedia untuk memohon refinance rumah dengan Bank Rakyat? Atau anda masih ada pertanyaan, boleh hubungi kami di 012-6946746 (David).

Suka artikel ini? Anda juga mungkin akan menyukai artikel ini.

BOLEH KE NAK REFINANCE LOAN KERAJAAN?

LIKE, SHARE & FOLLOW US!

#malaysiahousingloan

MALAYSIA HOUSING LOAN

Online Mortgage Consultant

Call or Whatsapp Us: 012-6946746 (Talk to David)

Visit Our Website

Subscribe Our Youtube Channel

Follow us on Facebook

Contact Us

Have any Questions?
Fill up the contact form below. We will get back to you as fast as possible :)

To:
Quotation Will Send By Whatsapp.
Start Over