DSR Dah Burst, Masih Boleh Refinance Rumah?

Mesti ramai yang tengok tajuk ini tertanya-tanya samada kalau DSR dah burst masih boleh buat refinance rumah ker?

Jawapannya, masih boleh TETAPI tertaluk kepada beberapa syarat dan ia bukanlah sesuai untuk semua orang.

Sebenarnya, ada beberapa cara anda boleh membuat refinance rumah dan salah satu caranya ialah menggunakan konsep Debt Consolidation.

SIAPA YANG SESUAI MEMBUAT REFINANCE DENGAN DEBT CONSOLIDATION

Konsep Debt Consolidation atau penyatuan hutang ini bermaksud semua hutang diselesaikan dan disatukan di bawah refinance rumah.

Refinance rumah ini memberi fokus kepada pemohon yang gagal memohon refinance rumah dengan cara biasa kerana komitmen yang sangat tinggi atau DSR telah burst.

BAGAIMANA MEMBUAT PENYATUAN HUTANG INI?

Untuk golongan tersebut, sesetengah bank memberi alternatif untuk membuat refinance supaya boleh mengurangkan beban bayaran bulanan.

Dengan kaedah refinance rumah yang biasa, peminjam memperolehi cash-out atau wang tunai yang akan dimasukkan ke akaun peminjam pada akhir proses.

Untuk refinance rumah Debt Consolidation, peminjam tidak akan mendapat wang tunai kerana wang tunai tersebut akan terus diselesaikan oleh bank baru untuk menyelesaikan hutang anda.

Selepas selesai membayar hutang ke bank lain, peminjam hanya perlu membayar hutang bulanan ke bank baharu sahaja.

KEBAIKAN REFINANCE DENGAN DEBT CONSOLIDATION

Dengan menggunakan konsep debt Consolidation, semua komitmen yang akan disatukan tidak akan dikirakan sebagai komitmen semasa pengiraan DSR. Maka, permohonan pinjaman adalah lebih senang untuk diluluskan.

Tetapi, semua komitmen yang ingin disatukan mesti mempunyai pembayaran bulanan yang cantik.

CONTOH 1: KAEDAH REFINANCE RUMAH DEBT CONSOLIDATION

Katakan, anda mempunyai TIGA hutang dengan bayaran bulanan seperti berikut:

Pinjaman Peribadi 1 – RM350 ( baki RM30k)

Pinjaman Peribadi 2 – RM450 ( baki RM40k)

Hutang Kad Kredit – RM1200 ( baki hutang RM40k)

Dari contoh diatas, jumlah bayaran bulanan kesemua hutang ialah RM2000 manakala jumlah baki kesemua hutang ialah RM110k.

Melalui kaedah Debt Consolidation, anda akan memohon refinance rumah Debt Consolidation dengan menyatukan hutang lama bagi menutup semua hutang itu dan hanya membayar kepada bank baru.

Tujuan utama adalah untuk mengurangkan kadar bayaran bulanan.

CONTOH 2: KAEDAH REFINANCE RUMAH DEBT CONSOLIDATION

Sebagai contohnya, anda mempunyai satu pinjaman perumahan dengan Bank A yang boleh digunakan untuk membuat refinance rumah.

Baki hutang rumah tersebut adalah RM200,000. Dan anda membayar sebanyak RM1300 sebulan.

Harga pasaran untuk rumah tersebut ialah RM500,000.

Sekarang anda memohon refinance rumah dibawah Debt Consolidation dengan Bank B.

Dan mereka bersetuju memberi pinjaman sebanyak RM310,000, dengan kadar faedah yang lebih rendah 3.30%, tempoh pembayaran balik 35 tahun, dan pembayaran balik bulanan RM1250.

Sebelum anda membuat refinance rumah debt consolidation, hutang yang anda bayar setiap bulan ialah RM2000 + RM1300 = RM3300.

Selepas membuat refinance rumah debt consolidation, anda hanya perlu membayar RM1250 sebulan. Itu adalah penggurangan sebanyak RM3300-RM1250 = RM2050.

Bayaran bulanan yang RENDAH bukan?

Ini adalah salah satu SEBAB UTAMA ramai yang membuat Refinance Rumah dengan cara Debt consolidation.

KELEBIHAN MEMBUAT REFINANCE RUMAH CARA DEBT CONSOLIDATION

A. Bayaran bulanan yang sangat rendah. Rujuk contoh diatas.

B. Pinjaman perumahan mempunyai kadar faedah yang lebih rendah dari pinjaman peribadi dan kad kredit. Oleh itu, adalah lebih bermanfaat untuk memindah hutang tersebut ke pinjaman perumahan.

C. Tempoh pinjaman yang lebih panjang berbanding pinjaman peribadi dan kad kredit. Ini memberi kelebihan kepada refinance rumah debt consolidation kerana tempoh pinjaman yang panjang membolehkan bayaran balik yang lebih rendah.

D. Penyatuan hutang-hutang lain menjadi SATU. Anda tidak lagi perlu membayar hutang-hutang lain ke beberapa bank. Anda hanya perlu memberi fokus ke SATU bank sahaja.

E. Anda mempunyai ruang untuk bernafas setiap bulan. Tidak lagi perlu risau masalah ini akan mengganggu kehidupan seharian untuk jangka masa panjang.

Anda masih mempunyai soalan mengenai Refinance Rumah cara Debt consolidation? Jangan risau, hubungi kami di +6012-6946746 ( David).

Suka artikel ini? Anda juga mungkin akan menyukai artikel ini.

Kelebihan Dan Kekurangan Refinance Rumah.

Contact Us

Have any Questions?
Fill up the contact form below. We will get back to you as fast as possible :)

To:
Quotation Will Send By Whatsapp.
Start Over