Soalan.

Adakah beli rumah amat sesuai dalam waktu-waktu gawat sekarang ini…atas alasan rate yang rendah?

Jawapan:

Ini adalah soalan yang sangat bagus. Mungkin ramai yang dalam dilema samaada patut atau tidak membeli rumah sekarang ataupun waktu gawat.

Biar saya jelaskan disini.

Dalam waktu gawat, kadar pengangguran adalah tinggi ini bermakna ramai yang tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mempunyai gaji bulanan ataupun mungkin gaji bulanan telah dipotong.

JIKA ANDA TIADA PENDAPATAN BULANAN

Jika anda jatuh dikategori ini, anda tidak harus memikirkan samaada anda harus membeli rumah kerana pelaburan bukanlah sesuatu yang penting sekarang.

Anda harus memikirkan cara untuk menanggung perbelanjaan harian dan pembayaran hutang bulanan.

Pelaburan bukan lagi satu pilihan yang bijak untuk mereka yang tidak mempunyai pekerjaan ataupun pendapatan yang tetap.

Sebaliknya, anda harus memikirkan cara menjana pendapatan yang konsisten supaya anda mampu untuk menampung perbelajaan harian.

JIKA ANDA MEMPUNYAI PENDAPATAN DAN SIMPANAN

Jika gaji atau pendapatan anda tidak terjejas dan anda masih mempunyai pekerjaan yang stabil dan mempunyai simpanan yang mencukupi.

Maka, mengambil kesempatan pelaburan dalam waktu gawat adalah mungkin sesuatu yang bijak.

Selalunya, bila kuasa membeli rumah menjadi lemah, harga rumah akan jatuh, seperti sekarang.

Ramai pemaju terpaksa menjual dengan harga diskaun dan penjual rumah juga terpaksa mengikut harga pasaran yang lebih rendah untuk menjual rumah mereka.

Jika anda mengambil kesempatan ini, dan membeli dengan harga yang lebih murah, maka bila ekonomi kembali pulih, harga rumah ini akan naik semula dan anda dapat menjana keuntungan yang tinggi.

Ini kerana kegawatan ekonomi hanyalah sementara, dan setiap yang jatuh akan naik kembali. Sejarah telah membuktikan yang setiap kejatuhan ekonomi pastinya akan ada kenaikannya kembali.

Dalam masa yang sama, dengan kadar faedah bank yang jauh lebih rendah adalah satu kelebihan.Anda dapat melabur sambil mendapat penjimatan faedah dan wang.

Tetapi, haruslah anda beringat bukan semua rumah yang dibeli adalah jaminan pelaburan yang bagus.

Setiap rumah mempunyai kebaikan dan keburukan, anda harus membaca dan membuat kajian sebelum membeli rumah.

Selamat Belajar!

P/s: Nak baca artikel lain? CARA BELI RUMAH

LIKE, SHARE & FOLLOW US!

Melissa Lee
Online Mortgage Consultant
Call or Whatsapp Us: 012-6946746 (talk to Mr. David)

Contact Us Today!

1 Step 1
Any Questions? Leave the details here. We'll contact you shortly.
keyboard_arrow_leftPrevious
Nextkeyboard_arrow_right
FormCraft - WordPress form builder