Dapat Kunci Rumah Tahun Lepas, Boleh Ke Nak Refinance Rumah? 2023
Dapat Kunci Rumah Tahun Lepas, Boleh Ke Nak Refinance Rumah? 2023
Soalan
Saya baru dapat kunci rumah bulan 11/19 boleh ke nak refinance?
Jawapan
Hi, terima kasih atas soalan tuan.
Setelah mendapat kunci rumah, tuan boleh refinance rumah. Tetapi, saya cadangkan tuan untuk memastikan samaada tuan sesuai atau tidak untuk refinance rumah.
SEMAK DULU MARKET VALUE
Dari soalan tuan, tuan baru sahaja mendapat kunci. Sekiranya, tuan membeli rumah dari pemaju atau penjual, dalam masa kurang dari setahun, selalunya harga atau value rumah tidak akan naik tinggi. Melainkan tuan mendapat diskaun yang banyak dari pihak pemaju atau membeli rumah yang murah dari penjual.
Jika value rumah tidak tinggi, cash out yang akan tuan dapat juga sedikit. Untuk mendapat kepastian, Tuan boleh menyemak market value rumah dengan pihak bank.
SEMAK PENALTI PINJAMAN PERUMAHAN
Disebabkan tuan baru sahaja mendapat kunci rumah, adalah dinasihati untuk menyemak status penalti pinjaman perumahan. Penalti pinjaman perumahan selalunya antara 3-5 tahun. Tuan boleh menghubungi pihak bank untuk mendapat kepastian.
SEMAK LAPORAN CCRIS
Sebelum refinance rumah, adalah lebih baik jika tuan mendapat laporan CCRIS dari bank negara. Dari Laporan CCRIS kami dapat menganalis samaada tuan sesuai untuk refinance atau tidak. Laporan CCRIS akan menunjukkan karakter pembayaran balik tuan dengan bank. Tuan harus mempunyai Laporan CCRIS yang cantik, pembayaran tuan harus menunjukkan 0 ( bayar mengikut jadual) atau hanya 1 ( lewat bayar 1 bulan).
MATLAMAT REFINANCE RUMAH
Tuan juga harus mempunyai matlamat untuk refinance rumah. Jika matlamat refinance rumah adalah untuk menyelesaikan hutang pinjaman peribadi. Pastikan matlamat tersebut tercapai bila membuat refinance rumah. Sesetengah orang, bermula dengan matlamat untuk membayar hutang-hutang yang berkadar faedah tinggi. Tetapi, setelah mendapat duit cash out, duit tersebut digunakan untuk membuat benda lain. Seperti, untuk meniaga atau meminjam kepada orang lain, dan apabila perniagaan gagal atau duit yang dipinjam tidak dipulangkan, akhirnya, mereka akan sengsara kerana hutang yang semakin banyak.
KOS REFINANCE RUMAH
Sebelum refinance rumah, tuan juga harus ketahui Kos refinance rumah. Kos refinance rumah adalah 3% dari harga pinjaman perumahan. Contohnya, tuan meminjam RM500,000. Anggaran kos refinance rumah lebih kurang RM500,000 x 3% = RM15,000. Kos ini termasuk fi peguam, duti stamp, fi disbursement dan fi valuation. Di sesetengah bank Kos refinance ini boleh dimasukkan sekali dengan pinjaman perumahan.
Terima kasih kerana membaca artikel ini. Kami menyediakan konsultasi dalam talian PERCUMA kepada semua pelawat kami. Jika anda memerlukan bantuan mengenai topik seperti Pembiayaan semula, MEMBELI RUMAH, PEMINDAHAN HARTANAH, INSURANS PINJAMAN, YURAN PEGUAM, DUTI SETEM, Perjanjian Jual Beli (SPA), Memorandum Pemindahan (MOT), Penyempurnaan Pemindahan (POT), Penyempurnaan Cagaran (POC), dan Sebut Harga Pinjaman, kami boleh membantu anda. Beritahu sahaja dengan menghubungi atau WhatsApp kami di +6012-6946746. (berbual dengan Encik David)
Konsultan Pinjaman Rumah,
Melissa Lee.
Leave A Comment