Saya Nak Refinance Rumah Untuk Keluarkan Nama Dari Joint Loan 2024
Saya Nak Refinance Rumah Untuk Keluarkan Nama Dari Joint Loan 2024
Soalan:
Nak tanya. Kalau tujuan saya refinance rumah untuk keluar kan 1 nama dari joint loan skrg, loan baru saya buat boleh ikut harga rumah yg saya mula2 beli tu ke? Xperlu ikut harga market value kan.
Jawapan:
Terima kasih atas soalan tuan.
Dari soalan tuan, tuan mempunyai satu pinjaman perumahan dengan seseorang, katakan A. Jika ingin mengeluarkan nama A atau nama tuan, sebagai contoh katakan tuan ingin mengeluarkan nama A. Tuan perlu memahami fakta-fakta dibawah.
SEMAK HARGA PASARAN RUMAH
1. Bila membuat refinance rumah, tuan perlu memahami bahawa bank akan menyemak harga pasaran rumah pada tarikh tuan membuat refinance rumah.
Sebagai contohnya, jika tuan membeli rumah tersebut pada tahun 2005 pada harga RM300,000. Dan hari ini tuan ingin membuat refinance rumah, maka pegawai bank akan menyemak harga pasaran rumah dengan panel Jurunilai bank. Katakan, Jurunilai bank memberi harga pasaran sekarang RM400,000. Maka, pihak bank akan mengambil nilai tersebut sebagai piawai untuk memberi pinjaman tuan.
Selalunya, margin maksima pinjaman perumahan adalah antara 80%-85%.
Oleh itu, dari RM400,000 x 80%-85% margin = RM320,000 – RM340,000.
Tuan boleh memohon sehingga RM320,000 – RM340,000 pinjaman.
Dan tuan juga perlu membayar fi jurunilai bank berdasarkan nilai pasaran RM400,000 bukan RM300,000.
TUJUAN UNTUK REFINANCE RUMAH
2. Sebelum Refinance Rumah, tuan perlu memastikan tujuan untuk refinance rumah, ini adalah sangat penting kerana untuk membuat refinance akan melibatkan anggaran kos sebanyak 3% dari harga pinjaman perumahan. Jika tuan tidak mempunyai tujuan, kos yang dikeluarkan hanya sia-sia sahaja.
Tuan boleh mempunyai dua tujuan sekaligus. Seperti, “saya nak keluarkan nama A dan mendapat sedikit cash out untuk
membayar hutang-hutang yang mempunyai kadar faedah tinggi.” Seperti kata pepatah, “Sambil menyelam minum air.” Ataupun Tuan boleh refinance untuk menutup baki pinjaman sahaja. Itu terpulang pada kehendak tuan.
KOS REFINANCE RUMAH
3. Untuk membuat Refinance Rumah, tuan perlu membayar Kos Refinance. Perpindahan dari Bank A ke bank B mempunyai kos yang perlu dibayar oleh peminjam.
Contohnya, kos peguam, duti stamp dan kos jurunilai. Kos-kos ini anggaran dalam 3% dari harga pinjaman.
Contoh,
Harga Pasaran RM400,000
Pinjaman Maksima mungkin dalam 85%, RM340,000
RM340,000 x 3% ( kos refinance) = RM10,200
Kos refinance adalah RM10,200.
BOLEH DAPAT PENJIMATAN?
4. Katakan tuan tidak mahu memindah ke bank lain dan hanya mengeluarkan nama A dari pinjaman sahaja. Bolehkah mendapat penjimatan kos refinance?
Jawapannya tidak. Walaupun tuan masih menggunakan bank yang sama tetapi hakikatnya semua perjanjian perlu diperbaharui seperti membuat Refinance rumah yang baru. Oleh itu, ia adalah sama sahaja.
SEMAK KELAYAKKAN REFINANCE RUMAH
5. Untuk Refinance Rumah dibawah nama seorang peminjam sahaja tuan harus menyemak kelayakkan untuk refinance rumah kerana bank telah memperketatkan permohonan refinance rumah.
Pengiraan kelayakkan untuk peminjam refinance rumah dan peminjam membeli rumah adalah sangat berbeza. Tuan mungkin layak membuat pinjaman membeli rumah tetapi tidak untuk pinjaman refinance rumah.
Pihak bank akan membuat pengiraan menggunakan tempoh pembayaran balik 10 tahun untuk cash out yang tuan akan dapat.
Contohnya,
Jika tuan mendapat cash out sebanyak RM100,000.
Hanya untuk pengiraan kelayakkan, RM100,000 ini akan dikira mengunakan tempoh 10 tahun pembayaran balik.
Pengiraan kelayakkan 10 tahun:
Cash out : RM100,000
Tempoh : 10 tahun
Kadar Faedah : 3.30%
Ansuran: RM980.00
Pengiraan kelayakkan 35 tahun:
Cash out : RM100,000
Tempoh : 35 tahun
Kadar Faedah : 3.30%
Ansuran: RM402.00
Dengan melihat contoh diatas, terdapat perbezaan dalam RM980-RM402= RM578.00.
Jika dahulu bank menggunakan pengiraan kelayakkan 35 tahun yang lebih longgar tetapi sekarang pengiraan kelayakkan 10 tahun adalah lebih ketat.
Seorang peminjam perlu mempunyai gaji atau pendapatan yang lebih tinggi untuk mendapat kelulusan dari bank.
Walaupun bank membuat pengiraan kelayakkan berdasarkan tempoh 10 tahun, ini tidak bermakna tuan membayar ansuran 10 tahun. Tuan masih membayar ansuran balik untuk tempoh 35 tahun iaitu RM402.00
Melissa berharap dengan penjelasan diatas dapat serba sedikit membantu tuan.
Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi kami di 012-6946746 ( bercakap dengan Mr. David)
Terima kasih kerana membaca artikel ini. Kami menyediakan konsultasi dalam talian PERCUMA kepada semua pelawat kami. Jika anda memerlukan bantuan mengenai topik seperti Pembiayaan semula, MEMBELI RUMAH, PEMINDAHAN HARTANAH, INSURANS PINJAMAN, YURAN PEGUAM, DUTI SETEM, Perjanjian Jual Beli (SPA), Memorandum Pemindahan (MOT), Penyempurnaan Pemindahan (POT), Penyempurnaan Cagaran (POC), dan Sebut Harga Pinjaman, kami boleh membantu anda. Beritahu sahaja dengan menghubungi atau WhatsApp kami di +6012-6946746. (berbual dengan Encik David)
Konsultan Pinjaman Rumah,
Melissa Lee.
Leave A Comment